Archive for November 2011

Yuna Redha Trofi Ditarik Balik

Sungguh mengejutkan tetang keputusan yg dibua ini oleh pihak penganjur AIM 18 baru ini. Menurut twitter artis in Yuna bahawa pihak penganjur dan juri telah sepakat untuk menarik balik kemenangan beliau dalam kategori Lagu Terbaik AIM 18 baru2 ini. Menurut sesetengah pihak terdapat kekeliruan dalam pengiraan dan keputusan juri sehingga membuatkan kemengan kepada lagu Penakut itu.

Namun Yuna seolah2 redha dengan keputusan tersebut. Pihak penganjur akan memberi anugerah itu kepada pemenang sebanar iaitu lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain dan ciptaan Eddry. Tapi adakah ia akan dibuat pengumunan secara besaran atau hanya belakang tadbir. Ini kerana keputusan itu telah di ketahui umum dan telah disiarkan di semua media termasuk blog.


Namun persoalannya kenapa keputusan itu seolah2 tidak di semak terlebih dahulu oleh mereka yg lebih pakar atau ini hanya konspirasi pihak tertentu dalam menjayakan agenda mereka. Kalau mereka dah tahu lagu terbaik bagi setiap kategori knp lak lagu yg tak menang boleh tersenarai untuk lagu terbaik keseluruan. Memang tak logik langsung dan keputusan menarik balk ini di buat selepas 2 minggu AIM 18 berakhir dengan jayanya.

Tidak pernah terjadi sebegini kalau presenter tersalah umum tu biasa lah ni, para juri tersalah kira mcm mana tu. Entah2 dah byk kes pasal kesalah pemenang kot sebelum ini kita tak pasti semua buat diam jer kan. Di situ telah nampak kelemahan dalam penjurian AIM selama ini. Maaf str8 kata memang pihak yg bertanggungjawab menyemak setiap keputusan tidak buat keje atau kena duit kopi opsssss.....

0 comments:

AFFM 24 Terus Tabal Yg Terbaik

Tahniah kepada pemenang kali kedua berturut2 Syamsul dan juga KRU pada Anugerah Festival Filem Malaysia Ke 24 baru2 ini di Putrajaya. Ini menyatakan bahawa mereka benar2 layak untuk menang dan menghasilkan karya yg terbaik. Walaupun di saingi oleh mereka yg lebih otai dalam dunia perfileman ini tidak membuatkan nama baru seperti mereka ini tenggelam. Malah ini menunjukkan karya org muda lebih dekat di hati peminat.

Majoriti kemenangan pada mlm itu dikuasai oleh dua nama yg penuh pengaruh ini. Syamsul yg memenangi untuk kali kedua berturut2 bagi kategori Pengarah Terbaik manakala KRU memenangi Anugerah Filem Terbaik untuk kali kedua berturut2 juga. Sebelum itu nama mereka sahaja disebut oleh penyampai dan kadang2 jer baru ada pemenang lain itu pun untuk kategori tak berapa popular.

Mungkin dah tiba masa pengarah dan juga penerbit filem tempatan meilhat kepada generasi muda dan mula mengikut rentak org muda untuk memastikan bahawa hasil karya filem tempatan tidak ketinggalan. Selain itu juga kita leh lihat kemenangan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik juga org muda. Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan disini disenarikan semua senarai penuh barisan pemenang di AFFM 24.

1. Anugerah Box Office – KL Gangster
2. Anugerah Khas Juri Yang Pertama – Sidik Hussien
3. Anugerah Khas Juri Yang Kedua – Filem Libas
4. Anugerah Khas Juri Yang Ketiga – Allahyarham Zami Ismail
5. Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik – Edry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa)
6. Anugerah Pereka Kostum Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
7. Anugerah Penyunting Terbaik – KL Gangster (Syamsul Yusof & Hisham Jupri)
8. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – KL Gangster (Hisham Jupri & Rizal Ashreff)
9. Anugerah Cerita Asal Terbaik – Filem Libas
10. Anugerah Lakon Layar Terbaik – KL Gangster
11. Anugerah Sinematografi Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
12. Anugerah Penataan Seni Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa
13. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Faezah Elai (Filem Cun)
14. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shofi Jikan (Filem KL Gangster)
15. Anugerah Pencapaian Gemilang – Dato Michelle Yeoh
16. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik – Eja (Filem Janin)
17. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Filem Kongsi)
18. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat  – Tan Sri Jins Shamsuddin
19. Anugerah Pengarah Terbaik – Syamsul Yusof (KL Gangster)
20. Anugerah Filem Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa





0 comments:

AIM 18 Terus Di Puji dan Di Pertikai

Kehangat majlis penuh berprestij AIM 18 masih dirasai walaupun sudah seminggu berlalu. Penangan persembahan artis2 antarabangsa dan juga artis tempat terus menjadi siulan di bibir peminat industri muzik tempatan. Di tambah pula dengan pengacara yg penuh style dan sempoi menjadikan majlis pada malam tersebut yg paling gah tahun ini. Bukan dengan menggunakan teknologi canggih sahaja majlis dapat dirasai walaupun menonton live atau di kaca tv.


Tahniah kepada semua barisan pemenang AIM ke 18 atas berkat usaha dan kesabaran anda akhirnya terbalas. Namun masih ada lagi mulut2 yg turut mempertikai satu kategori anugerah yg memang nampak kemuskilannya. Pada AIM sebelum ini bagi kategori anugerah Lagu Terbaik di pertandingkan untuk semua lagu2 yg telah memenangi kategori masing2. Namun tahun ini tiada langsung pencalonan untuk kategori tersebut tiba2 sahaja di umumkan pemenang.

Manakal pemenang itu pulak adalah lagu yg kalah kepada lagu lain dalam kategori Lagu Pop Terbaik. Tapi menang untuk kategori lagu terbaik keseluruhan. Agak pelik dan janggal disitu? Lagu yg dimaksudkan adalah lagu Penakut nyanyian Yuna. Dimana lagu itu di calon untuk kategori lLgu Pop Terbaik tetapi tewas kepada lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain. Tapi lagu penakut menang lak untuk kategori Lagu Terbaik mcm mana tu yer?? Harap pihak penganjur dapt memberi keterangan kepada isu ini.


Ada satu lagi kemenangan yg juga dipertikaikan oleh peminat apabila lagu Ku Menunggu nyanyian Rossa telah menang bagi kategori Lagu Bahasa Melayu Yang Disampaikan Oleh Artis Luar Negara. Mana tak nya lagu ini dikatakan lagu yg telah menciplak sebuah lagu yg dinyanyikan oleh artis tempatan iaitu Ella. Tapi layak pulak untuk menang kategori tersebut. Tak tahu apa tujuannya dan mcm mana kateria pemilihan pemenang ini dibuat oleh juri yg dilihar di dominasi oleh org kuat industri.

Tapi mlm itu satu fenomena baru telah berlaku dimana byk kategori di dominasi oleh artis2 baru yg bertapak di negara kita ini. Tahniah kepada Najwa atas kemenangan kategori Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik. Serta tahniah kepada Yuna kerana memenangi Anugerah Kembara memang tak di nafikan artis muda ini mampu mebina nama di luar negara satu kebanggan buat kita.

0 comments:

Maharaja Lawak Mega Minggu Ketiga Juri Makin Pedas

Dari minggu ke minggu makin hangat gelanggang lawak tempatan apabila makin panas dengan kritikan daripada juri. Tapi apabila terlalu pedas ramai pulak yg tidak puas hati dan ramai yg sentiasa rasa ada tak kena. Ini lah berlaku kepada Maharaja Lawak Mega apabila juri terlalu str8 makin ramai yg bersuara. Tapi bagi peringkar Maharaja Lawak Mega ini memang sepatutnya juri bertindak sedemikian.

 

Kritikan yg terus terang daripada Dato Chef Wan kepada semua persembahan perserta membuatkan ramai pihak tidak senang. Kerana daripada tindakan itulah juga ramai peserta yg byk melakukan perubahan makin baik kepada lebih baik. Dan memang sepatutnya pun pada level ini kritikan harus lebih telus dan jujur agar semua peserta otai2 ini tidak shok sendiri.

Kritikan daripada Zainal Abidni Hassan adalah sederhana dan seperti juri2 lain sebelum ini. Kadang-kadang kritikan beliau lebih selamat kepada semua peserta. Manakala Dato Siti Nurhaliza pula terlalu berjaga-jaga ketika memberi komen. Mungkin kerana nak menjaga hati semua peserta atau nak menjaga kredebeliti beliau sebagai seorang artis yg dikenali dengan kata2 yg cukup berhati-hati.

Namun peserta perlu lebih terbuka dalam menerima semua kritikan juri kerana ia adalah bertujuan membantu mereka bukan untuk menjatuhkan mereka. Pada penonton pulak jgn nak terlalu emo atas semua komen2 juri kerana itu semua kepada peserta. Ini semua nak drama jer kadang2 jng nak terlalu emo sgt ok..

0 comments:

Nabila Huda Pohon Maaf Secara Panggilan Telepon

Itu lah kata org telajak perahu boleh di undur kalau terlajak perbuatan padah rasa sendiri. Tapi mungkin itu jer cara terbaik buat artis wanita ini setelah begelora dilanda gosip gambar cium dan bigini beliau tersebar luas. Dalam program yg sama menyiarkan gambar cium beliau di Galaksi TV9 Nabila Huda anak kepada Amy Search telah memohon maaf kepada semua peminat beliau.

Dengan nada penuh kesal dan bersalah Nabila membuat pemohonan maaf tersebut terus kepada semua mereka yg tersinggung dan juga rasa tidak puasa hati atas tindakan beliau itu. Namun dalam masa yg sama Nabila memohon pihak yg menyiarkan gambar beliau memohon maaf juga kerana mearasa dirinya teraniaya akibat perbuatan org tersebut. 

Namun bagi pihak kami peminat dan penonton harap semua fitnah dan juga hasrat buruk untuk menjatuhan org tidak ada dalam diri rakyat Malaysia, kerana ini sgt merbahaya. Dan juga pada org jng buat perangai buruk kalau bukan manusia nampak tapi Yang Maha Esa nampak apa kita buat. Ini baru balasan dunia tak tahu lak di akhirat nanti mcm mana. Sama2 kita nilai ok...

0 comments:

Amy Search Mengaku Kesilapan Anak Nabila Huda

Makin bergoncang dunia hiburan apabila makin byk tersebar gambar liar anak kepada rockers no 1 Malaysia Amy Search. Anak perempuan rockers ini makin liar dan menjadi2 sejak bergelar janda anak satu. Mungkin baginya status bukan penghalang untuk berhibur selagi masih bernyawa perlu kepada kebebasan mungkin itulah pemikliran perempuan ini.

Sebelum ini kecoh kisah gambar2 cium Nabila Huda bersama org yg di dakwa sebagai teman lelaki dia iaitu seorang juruselam di Pulau Tioman. Namun masih samar2 isu itu sehinggalah Amy Search sendiri membuat dakwaan tidak tahu menahu tentang perangi anaknya itu diluar dari kawalan beliau. Namun Amy sendiri telah meminta anaknya agak mengaku kesalahan dan menjaga tingkat laku demi untuk menjaga maruah keluarga beliau sendiri.

 

Betulah bait2 lagu nasyid ini 'Iman tidak dapt diwarisi dari seorang ayah yg bertaqwa' kalau diri sendiri tidak mencarinya dan tidak mengamalkannya. Namun makin byk gambar peribadi milik artis ini menjadi siaran kepada meraka yg mahu mencari populariti. Mana tak nya gambar artis ini berbikini pun di siarkan padahal itu lumrah kalau org pergi bercuti di pusat peranginan. Tapi mungkin sebab dia ini adalah anak artis dan seorang artis maka perhatian itu lebih dari kamera2 wartawan tak bertauliah ini.

Harap Amy lebih tabah sebagai otai dalam dunia hiburan ini dan lebih menjaga anak nya ini daripada terus menjadi duri dalam daging. Kepada penonton diluar sana jng ambil kesempatan kepada org lain untuk menaikkan diri sendiri. Kadang kita suka sebar keburukan org tapi tak sedar keburukan kita sendiri kerana menyebarkan gambar itu adalah sama jer dosa dengan org yg mengambil gambar itu. ok.....


0 comments:

Chef Riz Buat Silap Dato Chef Wan Meracau

Itu lah perumpamaan 'Bapak Borek Anak Rintik' tentang kisah dua beranak yg sama2 menjerumuskan diri dalam bidang kulinari ini. Si bapak seorang yg memang otai dan juga betaraf antarabangsa memang dikenali seluruh dunia. Manakal si anak ni nak mengikuti jejak si bapa tapi tidak kena cara dan gayanya. Biasalah cuba untuk menyayingi di bapa tapi tidak seperti yg disangka. Bukan mudah untuk mecapai apa yg telah dicapai kena ada usaha dari mula buka menggunakan nama yg ada.


Itulah yg cuba dilakukan oleh anak kepada tukang masak no 1 di Malaysia siapa lagi kalau bukan Chef Riz. Beliau dikatakan telah menipu CV yg di pamerkan didalam laman web Masterchef Malaysia. Namun CV itu telah ditukar semula kepada penyataan yg sebenarnya dan Chef Riz juga dikatakan telah memohon maaf atas kesilapan beliau mengenai CV itu.

Namun biasalah ayah mana yg tidak terasa dengan tingkah laku anaknya. Itu lah yg cuba diluahkan oleh Dato Chef Wan di laman sosial FB beliau baru2 ini. Dimana Dato Chef Wan telah menyatakan pendirian beliau bahawa tidak menegakkan apa yg salah malah tetap menyalahkan perbuatan anaknya itu walaupun sedikit. Sikap profesional Dato Chef Wan itu jelas menyunjukkan bahawa bukan mudah untuk menjadi senang dan perlu kepada kejujuran dalam semua perkara walaupun kau anak org ternama.

Tapi yg pasti kat sini kita kalau nak menggunakan hak dan nama org lain pastikan kita ni betul2 berada pada tempat yg betul. Org kadang2 bukan mudah tertipu dengan hanya berselindung daripada nama sahaja ok. Org kita sekarnag dah bijak dan dah pandai menilai segalanya. Informasi di hujung jari pertik sahaja segala maklumat palsu dan benar akan terbongkar. Harap ambil iktibar pada yg kena dan pada pihak penganjur jng pakal ambil jer mentang2 lah dia anak org terkenal percaya sahaja bulat2. Tapis dan nilai dengan jujur ok.

0 comments:

Artis Wanita dan Gambar Cium Lagi

Pasti raimai org suka bila tgk gambar org cium tambahan lagi kalau gambar itu datg daripada golongan artis lagi bertambah bergoncanglah berita tersebut. Itu lah yg terjadi baru2 ini apabila TV9 melalui sebuah rancangan hiburannya telah memaparkan gambar cium seorang artis wanita bersama dengan seorang juruselam. Katanya gambar itu diambil pada sambutan hari Hollowen yg dihadiri artis tersebut termasuk org yg ambil gambr itu.

Makin jadi panas apabila artis wanita ini dalam proses penceraian bersama suaminya yg telah di bina 3 tahun lalu. Meraka yg di katakan bercerai kerana tidak sefaham atau mungkin kerana org ketiga ini. Tapi pasti artis ini sudah cari pengganti dan adakah hubungan itu akan seperti hubungan yg sebelum ini atau ini hanya untuk suka-suka. Melihat status lelaki juruselam ini masih terlalu muda dalam lingkungan 20an dan mungkin hanya untuk mencari hiburan bersama artis tersebut.


Tapi mungkin bukan niat artis ini untuk menayang gambar cium mereka kerana yg menunjukkan gambar cium ini adalah org yg mengambil gambar tersebut. Tapi artis kerana dia artis maka gambar ini di sebarkan tak tahu apa niat adakah untuk memburukkan artis ini atau saja nak melariskan diri beliau sendiri. Hany pengambil gambar dan penayang gambar ini sahaj yg tahu.

Tapi apa pun kat situ byk sngt perkara yg salah dari baik. Pertama kenapa artis ini ada di majlis sambutan yang sah-sah haram di sisi agama. Kedua kenapa dia nak cium ngan lelaki itu di khalayak ramai di majlis tersebut adakah kerana sudah mabuk atau di pengaruhi oleh sesuatu. Ketiga Knp lah org yg ambil gambar ni nk siarkan gambar cium dia, siar lah gambar yg senonoh sikit lagi faedah, ni lain tak bukan nak cari publisiti murahlah dengan menjual gambar artis untuk menaikkan nama sendiri.

Namun yg pasti identiti artis wanita ini masih tidak di ketahui dan dirahsiakan. Namun siapa yg ada pada majlis tersebut yg tahu apa sebenar terjadi. Semua pihak yg terlibat dalam gosip ini bersalah dan saja cari dosa kering termasuk lah penulis gosip mcm aku heheheheh.. Ok lah chow bye...

0 comments:

Zery Zamri Satu Penghinaan Masterchef Malaysia

Semua sedia maklum tetang kerancakkan sebuah program realiti masakan diluar negara yg kini tiba di Malaysia apa lagi kalau bukan Masterchef Malaysia. Beribu telah hadir ujibakat dan hanya 24 yg layak untuk meneruskan ke peringkat akademi Masterchef. Termasuklah seorang yg memang cukup di kenali ramai dan merupakan seorang pareka fesyen. Pernah memasuki sebuah program realiti dari luar negara juga dan dibuat di Malaysia Project Runway pada tahun 2007. 

Kini Zery Zamri telah mencuba bakat pula dalam bidang kulinari dengan menyertai Masterchef Malaysia. Namun adakah penyertaan beliau kerana memang minat untuk menjadi tukang masak profesional atau hanya sekadar mencari publisiti murah dari sebuah program realiti. Adakah job beliau dalam bidang menjahit itu tidak mampu menaikan nama beliau setanding pereka hebat lain seperti Halta Domat, Dato Bernard Chandran dan ramai lagi.


Oleh kerana itu Zery mengambil keputusan untuk memasuki Masterchef Malaysia? Itu hanya tuan empunya badan sahaja. Namun penarikan diri Zery pada program Masterchef Malaysia sedikit sebyk telah mencalarkan program yg baru nak naik itu. Seolah drama yg di arah oleh sutradara masakan. Adakah tujuan Zery menyediakan masakan "ikan goreng keras" itu menunjukkan tanda protes beliau terhadap barisan juri.

Tapi bagi seorang yg profesional walau dalam mcm mana sekali tekanan juga harus perlu dihadapi dengan tenang. Bukan dengan mengambil jalan mudah sebegitu, kerana ia melibat kredebaliti seorang chef profesional. Bagi Chef Jo tindakan beliau dlm program itu memang berpatutan dan juga sesuai bagi memberi pengajaran kepada peserta lain. Tidak habis di situ malah Zery juga turut dikecam oleh semua peminat program masakan tersebut. Boleh lihat di laman Facebook dan twitter Masterchef Malaysia Zery terus dicemuh atas tindakan beliau itu.



0 comments:

Maharaja Lawak Mega Minggu Kedua Masih Hambar

Sudah masuk minggu kedua rancangan Maharaja Lawak Mega di Astro Warna bersiaran, namun masih ramai lagi peserta yg tidak menonjol malah ada sekadar melepas batuk di tangga ketika membuat persembahan. Ada yg langsung tak lawak naik pentas dan pakai laram jer nak sebut apa nak buat apa. Langsung tak melambangkan kehebatan mereka sebagai pelawak2 otai.

Bukan nak merendah2kan pelawak negara tapi kalau setakat lawak sebeginilah yg di tonjolkan oleh kebnyakan peserta maka kita tahu di mana tahap dan level pelawak kita untuk bersaing di peringkat lebih hebat lagi. Ada lak tu lawak yg di reka2 tapi langsung tak gelak tak faham lah. Sorry to say seperti kata Dato Chef wan kepada satu kumpulan wanita ini 'Knp kita perlu memerah otak untuk berfikir lawak kat mana jadi itu semua tak lawak langsung lah'.

Gebu tak berapa nak gebu tunggu masa jer ni...

Tapi tak dinafikan juga masih ada kumpulan yg membuat persembahan hebat serta terus meningkat dalam minggu ini. Seperti persembahan luar jangka daripada Adlin Aman Ramli. Sungguh buruk sekali terpaksa tgk perut Adlin tapi persembahan cukup berani dan hebat lah. Persembahan lain yg hebat ialah Pimai dan Boboi. 

Aksi Adlin yg berani tapi tetap best lah..

Penyingkiran sepatutnya belaku pada minggu ini tapi akan diumumkan pada minggu hadapan sebelum peserta membuat persembahan. 5 kumpulan terburuk undian akan di singkirkan dan bagi aku kumpulan Gebu, Lanun, Caer, Comel & Syok harus disingkirkan. Tunggu minggu depan ok.


0 comments:

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2011

Namun ada sedikit kepujian yg harus diberikan kepada penganjuran majlis Anugerah Skrin tahun ini kerana semua barisan pemenang adalah layak dan saksama. Semua pemenang memang di nilai dari kualiti bukan kroni. Tahniah sekali lagi kepada semua barisan pemenang dan kepada yg belum menang kata pengacara terus tingkat usaha dan cuba lagi tahun depan.


Di sini senari penuh semua pemenang setiap kategori.


Kategori Drama
  1. Drama Terbaik – Sanggul Beracun – Sabri Yunus
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Eman Manan, 'Janji Syurga'
  3. Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida, ‘Airmata Nur Salina’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Faizal Yusof, ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elfira Loy, ‘Kum Kum’
  6. Pengarah Terbaik Drama – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  7. Lakon TV Terbaik – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  8. Drama Rantaian Terbaik – ‘Juvana’, Filmscape Sdn Bhd
  9. Drama Komedi Terbaik – ‘Geng Surau
  10. Videografi Terbaik – ‘Sanggul Beracun’, Balang Rimba Sdn Bhd
Kategori Filem
  1. 1. Filem Terbaik – ‘Magika’, KRU Studio
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, ‘Cun’
  3. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, ‘Karak’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, ‘Cun’
  6. Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, ‘Cun’
  7. Lakon Layar Terbaik Filem – ‘Aku Tak Bodoh’, Erhan Baharudin / Sujin Lee
Kategori Penerbitan Dalaman
  1. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – ‘Suatu Ketika: Ep YuenYuet Leng'
  2. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Selami Jiwa: Dato’ Fadzillah Kamsah
  3. Rancangan Hiburan Terbaik – Maharaja Lawak Akhir
  4. Rancangan Muzikal Terbaik – Shout Awards 2010
  5. Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2011: Top 12 Show
  6. Laporan Khas / Berita Terbaik – Buletin Utama, ‘Pengemis Terhemat’.

Anugerah Khas
  1. Anugerah Yasmin Ahmad – Syamsul Yusof
  2. Anugerah Artis Harapan Pantene – Fazli Daniel Ali, ‘Yang Terpuji’







0 comments:

Anugerah Skrin Menang Fesyen Sahaja

Sudah pasti bila tiba majlis anugerah pasti yg paling melaram adalah barisan artis2. Tidak lupa juga barisan artis watak sampinga juga demi menjayakan majlis anugerah berprestij katanya. Yg nampak terus melaram adalah golongan artis wanita. Setiap kali menjelangnya majlis anugerah merekalah yg paling sibuk sekali mencari tempahan mengikut tema. 

Ni dia ratu tudung bersaing sihat tapi Najwa nampak tua sgt

Namun tahu ini dalam Anugerah Skrin 2011 ini nampak golongan artis agak kurang bergaya dengan baju rekaan pereka2 yg hebat. Mungkin kerana bajet kurang kot atau pun tiada lagi pereka yg profesional kat negara kita ni maklumlah pereka fesyen pun dah sibuk nak memasak hehehehe. 

Ratu sexy 2011 sapa korang rasa paling menonjol...

Tapi bagi pendapat aku tema tahun ini Anugerah Skrin 2011 ini tidak cukup gah untuk membawa kelainan dan juga kehebatannya. Tidak seperti tahun tema 1001 mlm yg telah di anjurkan. Ia merupakan malm anugerah paling berjaya setakat ini di Anugerah Skrin. Dari segi tema pakaian malah tema persembahan dan juga gabungan pengacara yg tidak kering gusi bergelak. 

Antara fesyen2 artis di majlis Anugerah Skrin 2011 yg menjadi perhatian pada mlm itu. 

Pelakon kanak-kanak nak melaram gak

Tak kurang yg vateran pasti nak vouge

Pasangan paling controversi ni mcm mana...

0 comments:

Anugerah Skrin 2011 Suram

Tamat sudah satu majlis anugerah yg di banggakan sehingga di umumkan anugerah paling berprestig di Asia Tenggara dan juga dunia kata pengacaranyalah. Tapi bila tunggu sehingga ke penamat majlis masih terlalu byk yg perlu diperbaiki. Kalau nak di ikutkan majlis anugerah ini adalah sebuah majlis yg dah bertahun2 di anjurkan oleh sebuah siaran TV yg memang cukup terkenal dengan majlis anugerah yg gempak dan terbaik.

Tapi apa yg terjadi kepada Anugerah Skrin 2011 adalah sesuatu yg sangat memalukan kepada sebuah stesen tv itu. Ini keran terlalu byk kelemahan yg terserlah pada majlis anugerah bukan sahaja daripada pengacara malah juga kepada persiapan serta susunan persembahan masih lemah. Paling ketara apabila nak penyampai masih kaku dan juga kesilapan menggunakan iPad untuk membaca pemenang. Tahu niat penganjur anugerah itu nak jadi yg pertama menggunakan teknologi dalam penyampaian, tapi adakah persiapan meraka betul2 telah lengkap dan juga rapi.

Sedih lagi apabila gabungan pengacara juga tidak nampak serasi. Nak kata kurang latihan mungkin tidak juga pastinya pemilihan sudah lebih daripada sebulan untuk latihan. Tapi mungkin tak ada keserasian antara meraka nampak sgt Ally mengusai semua pementasan pada mlm itu. Respek pada Ally kerana beliau tetap maintain segalanya. 

Ini blog gosip dan juga segala pendapat dtg dari tuan blog. Meluahkan segala pendapat serta ketidak tentuan yg ada dalam dunia artis tempatan. Harap tiada yg marah ok. 

0 comments: