Archive for April 2012

Giliran Perserta Berkumpulan Meninggalkan Mania

Seolah-olah mahukan Mania cepat menutup tirainya begitu lah nasib dua lagi perserta Mania yg tersingkir minggu ini. Nasib kedua2 artis berkumpulan ini tidak tahan lama di Mania dan menjadi mangsa seterusnya untuk tidak begelar juara. Seperti ada permainan yg di rancang dalam Mania ini. Adakah memang kebetulan atau sebaliknya. Mungkin menurut kata pengacara no 2 negara dalam program tersebut peminat yg tidak undi so terima lah penyingkiran mereka. Tapi persembahan mereka pun tak sekuat mana pada mlm itu.

Namun byk masih perlu dibaiki semua persembahan artis2 di mania. Bukan sekadar membuat persembahan atau drama atas pentas tapi penyampaian biar terus kepada peminat untuk mengundi. Tabik persembahan Alyah dan juga Nora antara terbaik pada mlm itu. Agak memalukan sebagai artis profesional Azlan & Typewriter tidak mampu menghafal lirik lagu yg di nyanyikan bersama Hazama. Jelas ketara dengan kertas di tangan membuat persembahan itu terus out. Walaupun ia adalah antara persembahan vokal paling hebat juga.

0 comments:

Mania Giliran Akim dan Atilia

Begitulah lumrah sebuah program realiti pasti akan ada yg tersingkir dan juga pasti ada yg terbaik. Begitulah juga untuk program Mania di Astro RIA yg berlangsung pada sabtu lepas. Nasib tidak menyebelahi Akim dan Atilia kerana mereka mejadi mangsa sms dari penonton. Tapi kalau di lihat pada persembahan meraka memang ada kekurangan dan juga byk yg perlu di perbaiki.

Dari persembahan Atilia adalah seperti biasa sahaja dan tidak byk perubahan. Seolah-olah beliau hanya mampu di tahap itu sahaja. Bagi Akim persembahan lagu ckup unik munkin sebab drama di saat2 akhir yg di lakukan mengakibatkan beliau tersingkir kerana bagi penonton ia adalah seperti persembahan zaman2 AF dulu boleh lah. Namun peminat sekrang sudah bijak dan pandai menilai tanggung jawab anda pula bagaimana.

Bagi persembahan Jaclyn Victor memang sungguh memukau setiap minggu. Dengan gaya dan juga persembahan bersahaja menunjukkan Jac sudah matang dan mampu untuk berdiri lebih utuh di Mania. Namun masih ada lagi persembahan artis yg tidak sampai ketahap yg di kehendaki dalam Mania. Ada lagi yg terkucil dalam persembahan itu sungguh memalukan kena ambil tindakan agar Mania bukan satu pertandingan karaoke biasa sahaja.

0 comments:

Bila Artis Lelaki Lebih Sexy Dari Artis Wanita

Dalam mengejar dunia glamor ini kecantikan dan kesexyan sesorang menjadi faktor dalam penilaian para penerbit mahupun pengarah. Mahupun lelaki atau wanita dua2 menjadikan kecantikan sebagai elemen dalam menjadi lebih popular dan juga lebih di minati. Kalau artis wanita tu memang tak di nafikan lah perlu seorang yg sexy dan sentiasa muda di hadapan penonton. Tapi bagaimana lak artis lelaki adakah mereka juga begitu menjaga semua itu.

Fizo Omar bekas Hero Remaja
Nazim Othman yg cepat popular kerana paras rupa
Artis selalu tukar nama Shahz Jaszle kini Shahrizal Jaszle
Amran Ismail artis yg diragui tentang statusnya
Randy Pangalila artis Indonesia cipta nama di sini
 
Di atas ni adalah cuma contoh dan bukanlah di fokuskan kepada mereka sahaja. Tapi tak dinafikan kepopularan mereka adalah kerana fizikal dan juga paras rupa. Ia lebih selesa dan lebih senang dipandang oleh penonton di Malaysia kot. Tapi hak masing2 nak menilai cuma kenyataan sahaja dtg dari pendangan mata.

11 comments:

Keseirasan Ustaz Azhar Idrus

 

Seiraskan mereka adakah mereka ini ada tali persaudaraan Ustaz Azhar Idrus & tunang Liyana Jasmay Fathuddin Mazlan seorang ahli perniagaan. Anda nilai sendiri...

0 comments:

ABPBH 25 Kejatuhan Artis Lama Kebangkitan Artis Baru

Semalam telah berlangsungnya satu lagu majlis anugerah yg penuh berprestij di negara kita yg terus menobatkan barisan artis2 menjadi pilihan pembaca. Anugerah Bintang Popular Berita Harian telah mencecah 25 tahun pada kali ini menunjukkan kematangan serta kecekapan majlis penuh berprestij ini. Sekali lagi gelanggang Arena Of Star Genting Higland menjadi medan untuk menyaksikan artis menangis dan ketawa sepanjang majlis berlangsung.

Tahniah di ucapkan kepada Berita Harian kerana telah menjadikan majlis anugerah ini sesuatu yg memberi impak besar kepada barisan pemenangnya sendiri. Di sini adalah medan yg membuktikan bahawa mereka sebenarnya masih ada peminat dan masih terus disokong oleh pengukit masing-masing. Tahniah kepada barisan pemanang yg kebanyakan keputusan agak mengejutkan kita sendiri. Kekalahan barisan mereka yg dah lama dalam bidang tersebut juga sungguh tidak diduga.


Paling ketara kejuaraan yg di sandang oleh pengacara no 1 negara selama 5 tahun berturut-turut telah di rampas oleh generasi baru. Sungguh mengejutkan dan tidak di sangka sehinggakan Aznil sendiri seolah-olah tidak dpt menerima kekalan tersebut dengan spontan telah naik ke pentas untuk memberi hadiah kepada Zizan. Satu trajedi yg tidak pernah terjadi di ABPBH dan juga satu tindakan seolah-olah untuk menutup kekalahan sendiri. Tapi apa boleh buat kuasa di tangan peminat kena terima tidak selamanya kita akan di atas. 

Kemenangan yg tidak di duga juga kepada Didie Alias bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular yg sungguh mengejutkan semua penonton. Selain itu juga kemengan bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular oleh Fizz Fairus menjadikan suasana tergamam yg boleh di lihat dari raut wajah beliau sendiri. Nama2 besar lain yg di sangka akan menang ada juga tidak berjaya seperti Lisa Surihani, Nora Danish, Anuar Zain dan ramai lagi.

Tahniah kepada Hafiz atas kemenangan beliau untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular mengalahkan Anuar Zain. Ini mungkin kesan atas tindakan beliau yg tidak bertanding di AJL memberi impak kepada keputusan peminat pada mlm itu. Namun kemenangan besar Aron Aziz pada mlm ABPBH memang di jangka dan semua peminat begitu terjua apabila artis kacak ini di nobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2011 pada mlm tersebut. 


Taniah kepada semua barisan pemenang dan juga barisan calon2 kerana anda sebenarnya adalah pemenang di hati peminat anda sendiri. Jng lah putus asa mungkin belun tiba masa anda untuk memegang trofi ABPBH mana tahu tahun akan dtg kerana kejayaan tidak dtg dengan cepat. Apa pun persembahan artis pada mlm tersebut sungguh mengkagumkan dan memang hebat tetapi masalah teknikal yg kadang2 berlaku mengganggu dan mencacatkan anugerah berprestij ini. 

Senarai penuh pemenang ABPBH 25

Bintang Paling Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 25) : Aaron Aziz 

Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat : Datuk Sheila Majid
Anugerah Seri Perak : Datuk Siti Nurhaliza

Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz
Penyanyi Wanita Popular : Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular : Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular : Maya Karin
Pelakon TV Lelaki Popular : Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha
Artis Baru Lelaki Popular : Johan Ariff Asha'ri
Artis Baru Wanita Popular : Tasha Shila
Artis Komedi Lelaki Popular : Johan Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular : Didie Alias
Artis Duo/Berkumpulan Popular : Jaclyn Victor, Ning Baizura, Shila Amzah
Pengacara TV Lelaki Popular : Zizan Razak
Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana

0 comments:

Chaq Mangsa Pertama Mania

Pencetus Revolusi Superstar itu lah yg dilaung-laungkan oleh pengacara Aznil Hj Nawawi setiap kali habis persembahan peserta Mania. Namun adakah sampai tahap persembahan peserta Mania pada konsert yg pertama. Jng sebutlah 'ni konsert pertama biasalah byk kekurangan' ayat tu hanya boleh di ucapkan pada konsert AF dahulu atau konsert Mentor masa mereka mula nak mencipta nama. Kini Mania memperntadingkan bukan lagi penyanyi amatur tetapi penyanyi peringkat antarabangsa. Ye lah ada sesetengah peserta Mania yg pernah menang peringkat antarabangsa malah pernah menjadi juara dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu. Sepatutnya kita tidak di sajikan lagi dengan persembahan yg ada kesilapan kecil yg tidak boleh dimaaf sebagai seorang yg telah begelar artis. Sungguh rugilah mereka jika tidak menggunakan ruang galaksi Mania ini untuk terus mengukuhkan nama mereka. Bukan sekadar buat persembahan melepas batuk ditangga, nyanyi tak sampai piching nyanyi tiada perasaan sungguh malulah. 

Chaq peserta pertama Mania tersignkir

Knp ada peserta Mania tak rasa malu kerana sepatut nya dia disingkirkan pada konsert pertama ini dengan persembahan setaraf menyanyi di karaoke malah lebih teruk dari itu. Jgn kata penonton tiada hak untuk bersuara kerana penonton adalah penentu kepada masa depan semua peserta Mania. Harap sedar peserta Mania yg tidak membuat persembahan mebanggakan langsung malah rasa malu dengan produser Ahmad Dani bahawa di Malaysia ada artis yg masih lemah dan tak tahu mcm mana nak nyanyi. Mungkin konsep Mania ini perlu di tingkatkan lagi di masa2 akan dtg kerana jng ia hanya jadi hangat2 tahi ayam seperti yg belaku kepada AF dulu. Jgn kerana nak kutip untung sahaja sanggup menggunakan org lain tapi hasil tiada. Bgitulah yg belaku kepada peserta AF dahulu. Harap Mania adalah satu platform yg betul dan kukuh untuk menjadikan meraka superstar, tahu tak taraf superstar mcm mana? Jng nak buat rancangan sahaja tapi hasil tiada. Harap itu di ambil kira ok. Moga Mania akan terus sukses dan berjaya dengan matlamatnya nanti. Tahniah Mania.

0 comments: