Archive for Jun 2012

Sepuluh jawapan artis paling klise



Bila anda menonton rancangan gosip di televisyen, pernah tak anda terfikir, "Adakah semua artis kena menghadiri seminar cara menjawab soalan media sebelum jadi artis?" Kami rasa pernah kerana jelas sekali kebanyakan jawapan yang diberikan artis sama saja. Tanyalah soalan apa pun kepada mereka, kami pasti satu daripada sepuluh ayat ini akan digunakan. 

"No comment"

Jawapan ini merupakan jawapan universal kerana bukan sahaja artis di Malaysia akan menggunakannya, malah artis Hollywood, Indonesia, Filipina, Eropah dan semua negara yang disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia merupakan jawapan paling mudah yang memberikan tiga makna. Pertama, artis tersebut tidak mahu melayan kerana mereka penat. Kedua, mereka tidak tahu apa-apa tentang isu yang dibangkitkan. Ketiga, mereka memang melakukan kesalahan yang dipersoalkan, jadi mereka tidak tahu cara untuk memutar belitkan fakta.

"Kami hanya berkawan"

Mereka hanya berkawan. Jangan tanya lagi. Mungkin mereka saling berpelukan di sebuah kelab malam, mungkin mereka ada bercumbu dalam foto yang disebarkan di internet, mungkin mereka ada menerima wang daripada pihak yang terbabit. Tapi jangan tanya apa hubungan mereka kerana mereka hanya berkawan. Cara yang mudah untuk menjawab soalan berkenaan kerana dengan cara ini, ia tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.

"Itu bukan persoalannya"

Anda boleh tanya sama ada seseorang artis itu bercerai kerana hubungan sulitnya dengan wanita atau lelaki lain dan dia akan jawab, "Itu bukan persoalannya". Mungkin kerana artis tersebut tidak tahu apakah persoalannya, atau mungkin dia tidak faham soalan. Ya, adakalanya wartawan juga bertanyakan soalan yang tidak berkaitan dan soalan perangkap, maka kami tidak mahu mempersoalkan jawapan sebegini oleh golongan artis. Itu bukan persoalannya. Apa soalannya tadi?

"Biarlah Tuhan yang menentukan"

Jawapan sebegini biasanya diberikan oleh artis berkenaan dengan topik pakaian yang menjolok mata atau gambar mesra dengan subjek berlainan jantina. Dalam dunia sesetengah artis, anda tidak berhak mempersoalkan adat dan agama kerana kononnya itu kerja Tuhan. Maklumlah, manusia merupakan mamalia yang hidup berasingan dan tidak perlu risau tentang kesan sesuatu perbuatan terhadap gejala sosial. Biar Tuhan saja yang tentukan, orang lain perlu diam dan lihat saja artis itu jatuh.

"Doakan supaya suatu hari nanti saya berubah"

Bukan hendak mengkritik, tapi hidayah perlu dicari, bukan ditunggu datangnya. Ia juga bukan sesuatu yang anda tulis di atas kertas, masukkan dalam botol dan dialirkan ke laut. Tentu sekali ia bukan sesuatu yang datang dengan doa orang lain tanpa usaha diri sendiri. Berhenti minta doa orang lain dan mulakan perubahan tu ya? Lagipun amat sukar untuk berdoa apabila anda tayang peha anda depan mata.

"Mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang tak boleh"

Jawapan ini mungkin bernas sekiranya seseorang artis difitnah sedangkan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Adakalanya dunia memang tidak adil. Namun sekiranya anda sudah jelas melakukan sesuatu kesalahan dan kesalahan tersebut boleh digunakan menjadi teladan bagi orang lain, dunia memang adil.

"Ye ke?" 

Dari pengamatan yang dilakukan, jawapan "Ye ke?" merupakan jawapan yang biasanya datang daripada artis baru yang menggunakan ayat tersebut sebagai satu pemesongan atau pengalihan sementara otak mereka ligat mencari jawapan yang lebih bernas, bijaksana dan lucu. Oh, semua orang suka artis yang pandai memberikan jawapan yang lucu. Jadi sementara lucu itu belum keluar, gunakan "Ye ke?" sebagai lencongan.

"Saya tak kekwat"

Siapa tak suka perkataan 'kekwat', angkat tangan macam saya. Berdasarkan kamus Urbandictionary.com, perkataan kekwat berasal dari slanga yang digunakan oleh golongan transeksual di Malaysia yang bermaksud angkuh atau sombong. Ia kemudiannya menular ke dunia artis dan menjadi slanga dunia hiburan. Namun tanyakan saja pada mana-mana orang awam yang tidak terlibat dalam dunia artis, mereka pasti rasa sangat jengkel dengan perkataan tersebut. Berhenti menggunakannya!

"Semua itu fitnah!" 

Kalau memang fitnah, semua orang pun tak kisah. Tapi bila sudah sah ia memang benar-benar berlaku, ayat ini menjadi satu ayat yang sangat menjengkelkan dan penggunanya hanya mencemarkan ayat tersebut sehinggakan orang lain yang memang benar-benar difitnah pun nampak bodoh bila menggunakannya.

"You know..." 

Anda tidak kisah bila artis seperti Fazura, Melissa Maureen atau Lisa Surihani menggunakannya kerana anda tahu mereka memang fasih berbahasa Inggeris. Namun begitu, "you know" menjadi sesuatu yang sangat menjengkelkan bila ia diucapkan oleh mereka yang cuba berpura-pura seperti mereka sangat cool. Golongan ini akan cuba menjawab soalan yang ditanya dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan Bahasa Inggeris yang agak mengarut, kemudiannya meletakkan perkataan "you know" merata-rata tempat.


*sumber dariapda yahoo Malaysia

0 comments:

Zack New Boyz Berhadapan Hukuman Gantung

Telah lama tak dengar cerita kumpulan News Boyz selepas semua ahlinya membawa haluan masing-masing. Tomok sibuk dengan penampilan solo beliau yg kini lebih di kenali ramai berbanding ahli kumpulan lain. Adakah ini tanda pepecahan kumpulan yg popular pada sekitar tahun 90an dengan lagu "Sejarah Mungkin Berulang" dan "Meraung". Namun masih belum ada kata putus daripada semua ahli kumpulan ini.


Tapi telah hangat dengan isu salah seorang ahli kumpulan ini terlibat dengan dadah. Nauzubillah minta jauhlah daripada najis paling bahaya di dunia ini. Zack pemain bass kumpulan itu telah di tahan kerana didapati mengedar dadah jenia ganja di kediaman beliau. Menurut kata polis ganja seberat 1.32kg di temui dalam serbuan di rumah beliau di Petaling Jaya Selangor.

Zack yg telah berumahtangga dan mempunyai 2 anak ini bakal berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati jika di sabitkan kesalahan. Tak habis2 artis kita dengan kes dadah ni. Lepas satu-satu menjadi-jadi lak. Adakah kerana itu anak muda sekrang makin ramai juga terlibat dengan dadah, kerana ikon hiburan mereka juga terlibat sama. Ini agak serius dan perlu kepada pemantauan lebih di golongan artis tempatan sekrang ni. Mungkin lepas ini penganjur atau mana2 pihak yg mahu mengadakan konsert kena tgk latar belakar artis ini adakah mereka pernah terlibat dengan dadah atau tidak.


1 comments:

Neelofa, Anzalna, Tasha Shila Dan Scha Alyahya

Bila sebuat jer nama ke empat2 artis ini apa persamaan mereka. Pasti ramai akan tahu bahawa ke empat2 mereka ini adalah bekas peserta Dewi Remaja. Mereka juga pernah menjadi model untuk beberapa product selepas keluar daripada program itu. Lagi persamaan yg paling ketara apa dia. Mesti ramai tak tahukan bahawa artis 4 org ini pernah keluar dengan gosip dan di labelkan sebagai antara artis-artis paling hangat kontroversi tahun ini.

Tapi bagi Scha Alyahya dah agak suam-suam kuku kerana telah begerlar isteri org sekrang ni. So semua controversi lama telah habis padam dan menjadi sejarah dalam dunia hiburan tanahair. Mana tak pernah gempar dengan isu di pukul bekas kekasih. Pernah juga membuatkan jejak idaman Malaya menangis mengalirkan air mata opsss. Tu semua sejarah dan tidak perlu di kenang. 


Tidak kurang hebatnya dengan gadis Artis Baru Popular ABPBH 2011 ini. Juga banyak kali kuar dengan kontrovesi dan gosip2 liar. Lepas gosip artis kelab malam keluar pula gosip di taja oleh VVIP. Sapa lagi kalau bukan Tasha Shila. Pelakon yg makin naik nama ini tidak lengkang dengan gosip dan kisah hidup penuh kontroversi ini. Namun di nafikan semua sekali tomahan itu walaupun semua org dah tahu siapa beliau.


Lepas itu pulak kisah Anzalna yg manis comel dan gebu-gebu ini. Mula mencipta kontroversi dengan kes melemparkan luahan hati kepada si seorang ini. Akibatnya terus hendak di saman dan tunggu beliau untuk mohon maaf atas luahan hati yg telah menyinggung hati artis lain. Tidak pernah naik tiba2 timbul isu memfitnah ini pulak sian Anzalna sebab mulut badan binasa.


Yang paling top sekali ini dia pengacara Nona yg baru. Terus naik nama beliau selepas belakon di dalam Azura 2012. Tiada ribut tiada angin tiba2 artis baru ini terus meletop dengan gosip bermula meragui kemenangan rakan artis lain dalam anugerah popular baru2 ini. Lepas itu berbalas-balas saling tuduh menuduh dan melibatkan org lain. Mcm dah berbalas pantun lak hehehehe... Sapa lagi kalau bukan Neelofa yg manis bertahi lalat di pipi.

0 comments:

Fazurina ambil keputusan untuk bertudung


Melihat kepada wajah ayu dan juga senyuman manis ini mesti ramai tahu siapa gerangan gadis ini. Inilah Fazurina yg telah pun berhijrah juga ke dunia lebih elok. Dengan mengambil tekat untuk bertudung Fazurina redha dan pasrah kepada rezeki yang di berikan Allah. Keputusan bertudung tidak di dorongi oleh apa2 sebab tetapi mungkin dah sampai seru maka beliau tidak rasa kekok untuk bertudung.

Baru sahaja menyambut hari lahir yg ke 30 Fazurina atau lebih di kenali dalam sitkom 'Dunia Anita' di TV3 berkata ia tidak takut untuk berlakon dan tidak takut jika tiada tawaran belakon setelah bertudung. Beliau percaya kepada rezeki yg di berikan Allah kepada setiap umatnya. Menurut gadis ini lagi kini beliau terus makin aktif belakon dengan bakal muncul dalam beberapa filem serta drama tahun ini. 

Percaya kepada Allah Insyallah selamat dunia akhir. Jng takut kerana semua yg di tetapkanNya adalah terbaik buat umat2Nya. Kena kita nak nafikan semua itu kalau kita betul2 bertakwa kepadaNya. Hanya nafsu dan juga rasa tidak bersalah sahaja membuat kita kadang2 alpha pada semua itu. Namun tahniah buat semua artis wanita yg telah berhijrah dan terus kekal dengan image sebegini kerana ia lebih manis dan cantik. 

0 comments:

Mentor 6 Milik Caroline


Akhirnya tamat gak program realiti di TV3 setelah lebih 3 bulan untuk mencari pelapis penyanyi yg hebat seperti Black dan Fiq dulu. Tahniah buat Caroline kerana memang persembahan yang mantap daripada beliau serta gaya persembahan hebat membawa kepada beliau untuk juara Mentor 6. Mambawa pulang wang tunai RM 200 Ribu dan juga trofi juara Mentor 6.

Tempat kedua milik Zatul dan juga kak Ogy dengan membawa pulang wang tunai RM 30 Ribu. Persembahan teater Zatul membuatkan beliau untuk merangkut tempat kedua itu. Manakala tempat ke tiga milik Anas dan Faizal Tahir. Walaupun ramai yg pada awl meramal bahawa mereka akan menang namun bukan rezeki Anas pada mlm itu.

Namun tak kisah sapa menang yg penting mcm mana mereka akan memenuhi dunia hiburan ini agar dapat bersaing dengan mereka yg dah lama. Menjadi seperti juara2 yg lepas seperti Fiq dan Black. Mentor adalah satu platform yg paling kuat juga untuk membina nama. Tapi mcm mana hubungan mereka dengan Mentor setelah tamat akan jadi apa yer. Yg nampak masih bersama bekas peserta Mentor iaitu Edry KRU dan protegenya Iqa.




0 comments:

Versus Juara Kumpulan Serba Boleh Hujan



Tahniah kepada Media Prima kerana menganjurkan sebuah program tv yg cukup hebat dan cukup mantap. Versus sebuah lagi program menguji kekuatan artis berkumpulan menghasilkan karya kreatif dari ilham sendiri. Menyaingkan 5 kumpulan Hujan, 6ixthsense, Black & Parallax, Sofazr dan Go Gerila membuat ia menjadi begitu sengit.  Semua tahu bahawa 5 kumpulan ini memang mantap dalam membuat persembahan itu tidak dpat di nafikan.

Namun kehebatan dan juga kematangan kumpulan Hujan menjadi mereka sebagai juara Versus buat pertama kali. Mengalahkan kumpulan melalui battle pada mlm itu di antara Go Gerila dan juga Black & Parallex membawa kemengan kepada Go Gerila. Pada battle kedua nasib tidak menyelebahi mereka apa bila tewa kepada Hujan dengan lagu Pawana.

Hadiah utama RM200,000.00 menjadi milik Hujan setelah memengi melalui undian daripada peminat. Tahniah kepada mereka semua kerana berjaya menjadi antara band yg mampu menyahut cabaran. paling suka dgr lagu yg di gubah oleh Hujan menjadi lagu tradisional yg unik. Moga lepas ini ada lagi pertandingan seperti ini untuk memantapkan lagi band2 dan kumpulan di Malaysia.



0 comments:

Super Spontan Akhir Juara Buat Jozan


Ramai gelak ketawa terbahak2 mlm ini kerana menyaksikan pastinya pusingan akhir Super Spontan yg telah belangsung mlm tadi. Pasti terguling-guling melihat telatah dan juga lawak semua mereka yg memang lawak gila-gila lah. Itu lah sebenarnya objektif rancangan yg satu-satunya lain daripada lain menghiburkan peminat lawak tanahair dengan lawak2 yg segar dan spontan.

Tahniah buat pelawak yg telah di nobatkan Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular tahun 2010 iaitu Zizan. Beliau di nobatkan juara Super Spontan buat kali pertama setelah mengalahkan 5 peserta lain. Mungkin juga gabungan peminat Zizan dan Johan atau Jozan membuat kepada kemenangan ini kerana mereka di kenali dengan gabungan yg cukup mantap.

Tanpa Johan tidak ada Jozan begitu juga Zizan. Walaupun Johan di nobatkan sebagai Naib Juara itu tidak memutuskan tali persahabatan mereka. Johan yg nampak bagitu ramai penyokong dalam pentas Super Spontan tidak mampu menandingi Zizan. Tapi itu menunjukkan bahawa mereka adalah mempunyai penyokong yg sama cuma rezeki sahaja melebihi Zizan.

Namun kejayaan besar dalam Super Spontan ini adalah gaya spontan mereka pelawak menyiapkan tugasan yang di berikan kepada mereka. Peminat juga begitu support kepada program ini kerana ia cukup lain sgt. Nanti akan ada pula Karoot Komedia X lepas ni yg menghiburkan semua peminat lawak tanpa henti di Astro Warna.


0 comments: