Archive for Disember 2012

Shila Amzah Gegarkan AS

Setelah mengejutkan negara dengan kejayaan di tanah besar China kini penyanyi cute and comel ini akan terus membanggakan kita dengan bakal membuat persembahan di AS. Ini adalah bersemperna dengan World Music Awards 2012 yg akan di adakan di Marlins Park, Miami, Amerika Syarikat. Wow akhirnya artis bertudung negara bakal mengegarkan tanah Amerika itu dengan gaya persembahan Asia.


Apa lak reaksi mereka bila Shila buat persembahan nanti. Adakah ini sekadar propaganda mereka untuk menyatakan bahawa mereka bukan Anti Islam kepada dunia. Atau untuk menarik minat org Islam menyokong mereka selepas apa yg mereka lakukan di Gaza. Namun apa pun niat Shila Amzah untuk menghibur dan menaikkan martabat Malaysia khususnya dan juga org Islam seluruh dunia amnya.

Kami bagi rakyat Malaysia bangga dan sungguh kagum dengan artis negara ini. Menurut Shila, dia perlu mendapatkan dua visa daripada kedutaan Amerika Syarikat iaitu visa pelancongan dan visa persembahan. Pada acara itu nanti beliau akan memyampaikan dua buah lagu dan kemungkinan besar lagu yang pernah beliau nyanyikan ketika bertanding di Shanghai. Dalam pada itu, Shila tidak meletakkan harapan tinggi bagaimanapun berjanji akan memberikan yang terbaik dan dapat mempamerkan bakat dan mengharumkan nama Malaysia.





0 comments:

Kini Dato Siti Juga Tercalon di WMA 2012

Setelah sebelum ini hanya nama Shila Amzah sahaja dalam pencalonan di World Music Awards 2012 kini nama Dato Siti Nurhaliza juga turun tercalon dalam kategori yang sama. Worlds Best Female Artist categori yang menyaksikan dua artis negara ini akan bersaing bersama 40 lagi penyanyi lain seluruh dunia. Mampukah Shila Amzah mengulangi kejayaan di Asia Wave 2012 di China atau kehebatan artis lama yg memegang rekod artis paling byk memenangi anugerah di Malaysia iaitu Dato Siti Nurhaliza.


Namun Shila Amzah bukan sahaja tercalon dalam kategori ini sahaja malah beliau juga turut tercalon untuk anugerah kategori Worlds Best Entertainer Of The Year. Untuk kategori ini Shila wakil tunggal negara akan bersaing dengn 100 calon artis lain seluruh dunia termasuk Lady Gaga, Alicia Key, Pitbull, Rihanna, Taylor Swift dan ramai lagi nama hebat. Wow bukan senang yer kerana pancalonan cukup ramai dan hebat2 belaka.
 

Apa pun kita sebagai rakyat Malaysia tumpang bangga bagi kedua2 artis negara ini yg akan membawa nama Malaysia ke persada yg lebih hebat ini. Tugasan kita adalah untuk memastikan kemenangan kepada mereka dengan mengundi untuk artis kita. Sama2 kita sokong mereka dengan mengundi di laman web World Music Awards 2012. 







0 comments:

Senarai Pemenang APM 2012

Baru sahaja habis majlis anugerah melibatkan 3 buah negara serantau Malaysia, Singapura dan Indonesia. Telah di ketahui barisan artis dan juga pemenang pada mlm tersebut. Tahniah kepada semua pemenang dan juga tahniah kepada wakil negara yg telah memenangi kategori masing2 iaitu Hafiz, Shila Amzah, Alyah dan juga Abdul Muttaleeb. Di bawah senarai penuh pemenang pada mlm itu tahniah pada semua.


PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU APM 2012 (ARTIS BARU LELAKI)
Anji – (Hatiku) Berhenti Di Kamu
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU APM 2012 (ARTIS BARU WANITA)
Raisa – Serba Salah
ARTIS BARU DUO/KUMPULAN BARU TERBAIK APM 2012
Audionauts – Maha Bisa Rahsia
KOLABORASI TERBAIK APM 2012
Rossa & Taufik Batisah – Aku Bersahaja
ARTIS LELAKI TERBAIK APM 2012
Hafiz
ARTIS WANITA TERBAIK APM 2012
Shila Amzah
BEST DUO/GROUP DUO|KUMPULAN TERBAIK
Kotak – Tendangan Dari Langit
LAGU TERBAIK SINGAPURA
Pulanglah – Awi Rafael
ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR
Taufik Batisah
LAGU SINGAPURA PALING POPULAR
Ku Tetap Kan Menunggu – Hady Mirza
ARTIS SERANTAU PALING POPULAR APM 2012
Taufik Batisah
NEW MEDIA NOVA | NOVA MEDIA BARU
Abdul Muttaleeb
NEW MEDIA ICON | IKON MEDIA BARU
Sleeq
LAGU SERANTAU PALING POPULAR
Ku Tetap Kan Menunggu – Hady Mirza
LAGU TERBAIK ANUGERAH PLANET MUZIK 2012
Kisah Hati - Alyah

Sayang Yuna paling byk pencalonan tapi satu pun tidak di menangi. Tak apa Yuna mungkin bukan rezeki anda di sini tapi di luar sana sapa tahu kan tahniah buat Yuna kerana terus membanggakan Malaysia di mata dunia.



0 comments:

ABPBH 2012 Penambahan Kategori Baru Undian Secara Online


Kali terakhir artis wanita dinobatkan sebagai Bintang Paling Paopular ABPBH ialah Datuk Siti Nurhaliza dan selepas itu anugerah yang berada pada hiraki tertinggi itu didominasi oleh artis lelaki. Adakah anda ingin artis wanita pula yang menang dan jika jawapannya ya, siapakah rasanya yang paling layak? Itu lah yg telah menjadi sejarah dalam anugerah mencari bintang paling popular kembali lagi.

ABPBH 2012 yg telah pun bermula pengundian peringkar awl di akhbar Berita Harian kini memerlukan undian anda untuk mencari 5 yg teratas. 15 kategori yg di pertandingkan setiap tahun mempertaruhkan senarai mereka yg popular pada tahun 2012. Kuasa anda sebagai pengundi amat2 di perlukan jadi jalan tugas anda untuk mencari top 5 bagi kategori2 di bawah ini.

Pengacara TV Lelaki Popular
Pengacara TV Wanita Popular
Penyampai Radio Lelaki Popular
Penyampai Radio Wanita Popular
Artis Komedi Lelaki Popular
Artis Komedi Wanita Popular
Artis Baru Lelaki Popular
Artis Baru Wanita Popular
Artis Duo/Berkumpulan Popular
Penyanyi Lelaki Popular
Penyanyi Wanita Popular
Pelakon Filem Lelaki Popular
Pelakon Filem Wanita Popular
Pelakon TV Lelaki Popular
Pelakon TV Wanita Popular

Selain itu juga, pihak Berita Harian telah menambah lagi beberapa kategori pengundian secara online. Ini untuk memeriahkan lagi anugerah yg telah masuk tahun ke 26. Kategori ini boleh di buat undian secara online di laman facebook ABPBH. Kat sini mereka mencalonkan bagi kategori yg unik2 dan yg juga sebahagian daripada mereka yg memeriahkan industri hiburan tempatan. Di sini ada 7 kategori baru yg perlu undian ada di laman FB ABPBH.

Artis Asia Paling Popular
Gandingan Di Layar Serasi
Watak Jahat Dalam Drama Atau Filem Popular
Watak Animasi Tempatan Popular
Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial
Artis Wanita Stailo
Artis Lelaki Stailo

0 comments:

Anugerah Planet Muzik 2012 Langsung Di Astro Ria


Satu lagi majlis anugerah yg menobatkan muzik tempatan terus ke persada seantero muzik melayu. APM 2012 tidak asing lagi bagi 3 buah negara berjiran Malaysia, Indonesia dan Singapura. Dominasi paling tinggi daripada artis Malaysia hampir semua kategori di dahului oleh artis Malaysia. Mampukah kita mendahului senarai paling tinggi merangkul anugerah pada mlm itu.

Tak penting berapa byk kita menang tapi sejauh mana ia mampu untuk menaikan muzik tempatan ke persada antarbangsa. Tidak kita jadi jaguh kampung sahaja tapi boleh di terima seantero dunia seperti artis yg telah menang kat China Shila Amzah. Pada mlm itu beliau akan membuat persembahan bersama barisan artis hebat lain. Adakah Shila akan membawa besar kejayaan kepada kita dalam kategori Artis Wanita Terbaik


Jgn lupa untuk saksikan secara langsung APM 2012 di Astro Ria pada 15 Disember 2012. Live daripada The Max Pavilion @ Singapore Expo. Racangan yg akan di acarakan oleh 2 pengacar hebat dari 3 buah negara pasti akan mengamatkan mlm itu. Dato Ac Mizal, TG dan Shopie Mantha. Di meriahkan lagi dengan persembahan mantap barisan artis2 hebat seperti Hafiz, Shila Amzah, Sleeq, Judika, Awi Rafail, Najwa Latif dan ramai lagi.

Penganjuran tahun ke 11, 17 anugerah akan diberikan kesemuanya, yang mana 6 kategori akan ditentukan oleh pengundi secara online - Artis Singapura Paling Popular, Lagu Singapura Paling Popular, Artis Serantau Paling Popular, Lagu Serantau Paling Popular, Nova Media Baru dan Ikon Media Baru.




0 comments:

GIVEAWAY 'FREE DOMAIN FOR ALL PARTICIPANTS' :D


Syarat2 untuk join:

  • Mempunyai blog berdomain sendiri atau belum.
  • Berumur 18 tahun ke atas. kalau belum, kena mintak kebenaran sesapa berumur 18 tahun ke atas untuk guna no ic.
  • Buat entry bertajuk "GIVEAWAY FREE DOMAIN FOR ALL PARTICIPANTS :D"
  • Tepek header muja di atas tu and backlink ke entry dia.
  • Kena follow blog dia, add facebook dia, follow twitter dia and follow google+ dia atau tidak terpulang.
  • Sila join GROUP GIVEAWAY FOR ALL PARTICIPANTS.
  • Follow BLOG JIWAROSAK. like fan page BLOG JIWAROSAK.
  • Submit ENTRY GIVEAWAY and LINK FACEBOOK anda, di bahagian comment ENTRY INI SAHAJA.
  • Tarikh tutup pada pukul 8 pagi pada 16 Disember 2012.
  • Lepas dah tamat ga ni, dia akan bagi arahan seterusnya k. (mcm byk lagi jer kena buat)

2 comments:

Artis Wanita Berhijab Tercalon Anugerah Muzik Antarabangsa

Setelah kejayaan penyanyi comel molek dengan hijab ini di peringkat Asia baru2 ini telah menaikkan populariti beliau sebagai artis Asia yg hebat. Kesinambungan kejayaan itu di teruskan lagi oleh plantun lagu Patah Seribu ini apabila beliau sekali lagi tersenarai dalam Top 40 artis wanita seluruh dunia untuk satu anugerah paling berprestij di dunia. World Music Awards 2012 Shila Amzah tercalon untuk kategori Artis Wanita Terbaik Dunia bersama barisan artis2 hebat luar negara antaranya Raihanna, Katy Perry, Lady Gaga, Shakira, Taylor Swift dan ramai lagi.


Wowww satu lagi kehebatan artis tempatan di mata dunia apabila Shila Amzah terus tercalon untuk ketegori yg mencari artis dengan album dan lagu hits seluruh dunia. Tapi agak kecewa kerana gambar Shila Amzah dalam senarai itu masih pada gambar lama. Adakah pihak penganjur terlepas pandang atau pun pengurusan di Malaysia yg telah memberi gambar ini kepada mereka. Adakah masih ada diskriminasi terhadap wanita berhijab oleh artis2 atau pun peminat luar negara terutama di Amerika. 


Sepatutnya Shila Amzah bangga dengan image baru beliau itu dan satu2nya wanita Islam bertudung yg layak untuk satu anugerah besar ini. Adakah nanti kalau di letakkan pic Shila bertudung akan mengakibatkan org tiadak mengundi atau sebaliknya terlalu byk undi untuk Shila. Apa pun perkara ini semua pihak penganjur kena ambil tahu dan pihak penganjur pun perlu tahu akan sensetiviti rakyat di negara2 Islam ini. Tapi nanti mcm mana Shila nak hadiri majlis itu dengan berhijab adakah mereka bagi masuk atau Shila tidak hadir terus majlis anugerah tersebut, itu terpulang pada Shila sendiri.

All the best untuk Shila Amzah satu lagi Ikon negara yg telah membawa negara kita ke persada pentas dunia. Majlis anugerah yg akan berlangsung pada 20 Desember 2012 hari Khamis bertempat di Miami FL pasti meriah denagn persembahan dan juga barisan artis seluruh dunia. Selepas ini tugasan anda untuk terus mengundi artis Malaysia ini. Undi jng tak undi ok layari http://www.worldmusicawards.com dan klik pada vote dan pilih nama Shila Amzah kita naik kan artis tempatan kita ok. Apa lagi ajak ramai2 untuk  mengundi Shila Amzah ok.. Go Shila Go Shila...





0 comments:

Wanita Juara Masterchef Malaysia ke 2 - Izyan


Tahniah kepada juara Masterchef Malaysia yg terbaru Izyan. Beliau merupakan Ahli Geology adalah seorang peserta wanita yg bertahan ke peringkat akhir. Izyan Hani atau lebih dikenali sebagai Izyan merupakan seorang graduan dalam bidang sains dari Universiti di Kanada. Beliau seorang yang ceria suka berkayak, menulis lagu dan juga pernah bekerja di pelantar minyak. Antara masakan kegemarannya adalah mac and cheese with chicken.
Mula2 tgk peserta ni memang tak ada potensi untuk ke akhir dan berjaya menjuarai Masterchef Malaysia. Namun beliau telah membuktikan kekalahan yg di terima dan kritikan daripada juri2 membuat beliau lebih tabah untuk terus ke akhirnya. Tema masakan Citarasa tempatan ke mata dunia hari ni menobatkan beliau sebagai juara. 

Tapi mcm pelik kan penyingkiran Etiqa bagaikan satu paksaan untuk beliau kerana baru jer melangkah ker peringkat akhir terus tersingkir hanya 3 org jer berjaya. Tak faham mcm mana leh jadi begitu. Apa pun Etiqa anda tetap terbaik dan cantik hehehehe.. Tahniah buat Izyan..



0 comments:

Juara Masterchef Malaysia Musim ke 2 Malam Ini


Siapa bakal juara? Itulah saat detik paling mendebarkan kepada 4 peserta finalist Masterchef Malaysia musim ke 2. Persaingan seimbang antara 2 peserta lelaki Along dan Ah Hong, manakala 2 peserta wanita Etiqa dan Izyan. Mempunyai kecekalan dan juga kelebihan masing2 dalam segi teknik masakan dan juga teknik mengolah sesuatu hidangan. Namun hanya nasib menentukan segalanya pada mlm ini.

Bakal lahir satu lagi juara program realiti yg kita ikuti dan selalu sebut2 di negara kita. Mungkin ramai telah meramal dan juga membayangkan siapa juara pada mlm ni. Namun hanay juri profesional sahaja akan menentukan nasib ke empat2 meraka. Dengan tema hidangan Citarasa Juara pada mlm ini hanya dua sahaja akan mara ke peringkat akhir nanti dan bersaing antara mereka. Debaran makin terasa, sama2 kita nantikan hanya di Astro Ria 10.30mlm ini secara langsung.



0 comments: