Sesi Uji Bakat Online Fear Factor Pertama Telah Bermula | Dunia Penuh Gosip

Sesi Uji Bakat Online Fear Factor Pertama Telah Bermula

Setelah berakhirnya program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia kini program ini dibuka untuk rakyat Malaysia merasai sendiri kehebatan dan ketakutan dalam program ini. Sebelum ini golongan artis di uji dengan berbagai-bagai cabaran daripada bermain dengan binatang liar sehingga ke dalaman air tasik kepada kelajuan kenderaan semua di uji. Dazrin dan Hairul Azreen telah membuktikan bahawa ketakutan bukan lah batasan untuk menguji keberania.

Kini program itu leh kembali kepada rakyat Malaysia Astro Ria sebagai penyiar rasmi program ini akan mengadakan uji bakat peringkat pertama secara online untuk mencari 16 peserta yang bakal bergandingan dengan 16 org barisan artis tempatan. Siapa barisan artis yg adakan turut serta dalam program realiti pertama Malaysia ini. Mereka ni semua nak uji keberanian dalam mengatasi ketakutan.  

 

16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia adalah Yana Shamsudin, Shuib Sepah, Dira Abu Zahar, Izzue Islam, Erin Malek, Norman Hakim, Thanuja, Zain Saidin, Sari Yanti, Azura Zainal, Bambang Soteto, Nas T, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Syed Ali, dan Rizal Jaafa. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia ataupun mereka yang mempunyai status penduduk tetap yang berumur 18 tahun ke atas dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih. Selain harus mempunyai perwatakan yang menarik, calon peserta juga mestilah berada dalam keadaan kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Bermula pada 22 Julai hingga 18 Ogos 2013, calon peserta dikehendaki untuk menghantarkan rakaman video penyertaan yang tidak melebihi tempoh masa dua minit atau melebihi saiz 30MB ke laman sesawang rasmi di www.fearfactor.com.my

Wajah calon peserta dan audio rakaman untuk setiap video penyertaan yang dihantar haruslah jelas. Calon peserta juga digalakkan untuk menyerlahkan personaliti sebenar mereka dengan cara paling menarik.

Kandungan video tersebut juga haruslah menjawab soalan-soalan seperti berikut:

1. Nyatakan nama penuh dan umur pada permulaan video penyertaan.
2. Mengapa anda mahu menyertai Fear Factor?
3. Namakan tiga peserta selebriti kegemaran anda dan nyatakan mengapa anda ingin berpasangan dengan mereka?
4. Apa yang akan anda lakukan dengan wang jika anda menang?

Program Fear Factor Malaysia bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro RIA (saluran 104) kelak. Sebarang butiran lanjut yang lebih terperinci mengenai program ini akan diumumkan kelak.





0 comments: