'The Lone Ranger' Kisah Sejarah Yang Kelakar | Dunia Penuh Gosip

'The Lone Ranger' Kisah Sejarah Yang Kelakar

Sekali lagi movie lakonan hebat pelakon yang cukup terkenal dengan watak2 yg unik dan pelik di bawahnya Johny Depp berganding dengan pelakon yg hebat juga Armie Hammer menjadikan movie "The Lone Ranger" sebuah kisah sejarah yang kelakar. Mana tak kelakar apabila watak Johny Depp memang cukup sinonim dengan seorang yang serius tapi ada unsur humor dalam lakonannya. Kali ni nak buat review pasal movie ni tapi apa pun terima kasih kepada SinarFM kerana memberikan tiket percuma tayangan perdana movie ini.


Filem ini berkisahkan kepada kisah sejarah pembinaan landasan kereta apa antara dua benua besar. Daripada America Utara kepada America Selatan menyeberangi sebuah gurun yg menempatkan kaum Red Indian. Di situ bermula segala suka duka san gelak ketawa yg di muatkan dalam cerita ini. Apabila menonton filem yg berdurasi 2 jam ini anda tidak akan rasa kebosanan langsung malah tertunggu-tunggu aksi seterusnya yg bakal keluar. Semua bermula apabila pemusnahan kau Red Indian oleh org kulit putih yg tamak dan cuba untuk mengusai tanah gersang yg kaya dengan biji timah.


Maka landasana keretapi adalah cadangan mereka bertujuan untuk memberi kemudahan kepada kesemua pihak apabila ia siap. Tetapi sesetengah pihak mengambil keuntungan di sebalik pembinaan landasan kereta api ini. Di situlah kuasa seorang peguam muda yg pulang ke kampung halaman untuk menegakkan keadilan lakonan Armie Hammer di jadikan cerita. Bertemu dengan seorang kawn baru dari suku kaum Red Indian lakonan Johny Depp menjadikan ia sebuah filem kelakar pula. 


Watak Johny Depp hidup sebagai seorang bangsa Red Indian yg begitu kuat kepada kepercayaan kuno meraka sehinggakan seekor kuda putih di gelarnya Penyampai Roh yg hidup semula. Namun niat mereka untuk membalas dendam terhadap org kulit putih yg membelot melalui liku-liku dan suka duka sebagai seorang Lone Ranger. Bagaimana kesudahannya kena tonton sendiri di pawagam berhampiran anda dan juga filem ini sesuai di tonton oleh semua kaum dan peringkat umur bermula 4 Julai ini. Daripada 5 bintang saya bagi 4 bintang untuk filem ini. Thaniah sebuah karya yg berat tapi mempunyai jalan cerita yg mudah di fahami dengan element humor yg di selitkan dalam cerita ini menjadi.







0 comments: