Archive for Jun 2013

WALA Polis Raja Lawak

Tahniah kepada kumpulan Wala daripada Sabah berjaya menjadi juara Raja Lawak Musim ke 7 kali ini. Gandingan 2 ahli kupulan Wan dan Lopz pada mula hanya di lihat sebagai persaing biasa dan tidak begitu menonjol. Kedudukan mereka juga tidaklah begitu mengkagumkan pada minggu2 awal program realiti ini. Malah meraka bukanlah kumpulan kegemaran juri-juri dan juga penonton di rumah.


Namun itu bukan pematah semangat dua org anggota PDRM ini untuk terus berjuang dalam medan Raja Lawak musim ke 7 ini. Sekali gus komen dan juga kritikan daripada juri tetap Dato AC Mizal, Saiful Apek dan juga Isma Alif membakar semangat mereka untuk teruk naik dari minggu ke minggu. Membawa lawak yg lain dengan karaktor seorang yg berbeza setiap minggu menonjolkan bakat mereka pada mingu2 terakhir. 


Maka pada eposid akhir mereka membuktikan bahawa buka kedudukan atau rupa menjadi ukuran malah bahan lawak dan kosistan mereka dari minggu ke minggu membuahkan hasil. Mula mendapat tempat di hari peminat program ini bila mereka bergandingan dengna artis jemputan. Episod akhir sudah berlalu dan mereka juga telah di nobatkan sebagai juara Raja Lawak musim ke 7 menjadikan meraka antara pelawak yg bakal menghiasi ruang television di Malaysia. Membawa pulang wang tunai RM100 ribu dan tofi menjadi kebanggaan keluarga mereka.

Namun mereka yg kini bekerja sebagai PDRM masih tidak lagi membuat keputusan utnuk terus sebagai pelawak atau terus menyarung seragam Polis itu. Namun bakat mereka bukan mudah untuk di cungkil dan di ketengahkan dan ia harus di pertimbangkan oleh mereka.




0 comments:

Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Milik Syura

Setelah sekian lama penyanyi ini menyepi dalam dunia hiburan tanahair dan kini muncul buat pertama kali dalam sebuah porgram realiti masakan Masterchef Selebriti Malaysia musim ke 2 dengan penuh kejayaan. Ini apabila penyanyi Syura telah di nobatkan sebagai Juara Masterchef Selebriti Malaysia musim ke 2 seperti mana yg telah digosipkan sebelum ini.


Program akhir Masterchef Selebriti Malaysia telah berlangsung mlm tadi dengan gemilangnya, dimana kedua-dua peserta akhir iaitu Celina dan Syura telah bertarung dalam menyediakan masakan untuk Business Class dalam penerbangan MAS. Di medan masak dapur product makanan sejuk beku Brahim Syura dan Celina diminta untuk menyediakan tiga menu hidangan daripada pembuka selera, hidangan utama dan juga pencuci mulut.

Ternyata pengalaman memasak untuk keluarga di gunakan sebaik mungkin oleh Syura dalam menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang untuk di hidangkan kepada semua para juri mlm tersebut. Manakala Celina mengunakan kemahiran masakan antarabangsa yg memang menjadi kepakaran beliau dalam pertaruhan akhir mlm tadi. Namun nasib menyebelahi Syura apabila ketiga-tiga hidangan beliau menambat hati semua juri pada mlm itu yang terdiri daripada chef MAS dan juga Brahim.

Majlis penyampaian hadiah akhir mlm tadi turu dihadiri oleh bekas juara Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama iaitu Dato Fadzli dan juga rakan2 seperjuangan yg telah tersingkir awl. Namun menurut Syura kejayaan ini byk didorong oleh keluarga terutama suami tercinta dan anak2, juga tidak di lupakan kepada ibu beliau yg kini sedang sakit. Tahniah buat Syura yang berjaya memenangi gelaran Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2 dan juga membawa pulang penerbangan pergi balik ker Paris serta wang tunai.



1 comments:

Achey Juara Bintang Mencari Bintang

Seperti yang dijangka, protege kepada Harun Salim Bachik, Achey, menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara program realiti, Bintang Mencari Bintang dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, sebentar tadi. Kemenangan ini sekaligus melayakkan Achey untuk membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM 200,000 berserta trofi.

 

Naib juara disandang oleh protege Afdlin Shauki, Bocik yang berjaya memenangi wang tunai berjumlah RM 100,000 berserta trofi manakala tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM 60,000 berserta trofi dimenangi oleh kumpulan Titan, iaitu anak didik kepada Sabri Yunus.

Kumpulan Tapaw yang dibawah tunjuk ajar, Faizal Ismail pula tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya membawa pulang RM 30,000 berserta trofi walaupun mendapat tempat keempat. Terus melayari GUA untuk membaca lebih lanjut mengenai pertandingan akhir program Bintang Mencari Bintang.



*Berita dan gambar dari gua.com.my





0 comments:

Shout! Awards 4 Kali Ini Lebih Kuasa Kepada Pengundi

Majlis anugerah paling hip di Malaysia, Shout! Awards kini kembali untuk tahun yang keempat di 8TV. Shout! Awards diadakan bertujuan untuk mengiktiraf dan menjulang bakat dan kreativiti yang memberi impak besar dalam industri seni Malaysia dalam bidang muzik, perfileman, televisyen, radio dan media sosial. Seperti tahun2 sebelum ini anugerah yg unik ini menampilkan calon2 meraka yg lebih segar dalam industri seni tanah air.


Dalam masa yang  sama, Izham turut menjelaskan kriteria pemilihan calon awal untuk menembusi ke peringkat ‘Top 6’ ialah, mereka haruslah mempunyai kreativiti tersendiri, segar dan membawa impak kepada industri hiburan negara. Daripada pemilihan peringkat awl sehingga kepada senarai Top 6 adalah 100% daripada pemilihan penonton dan peminat industri seni tanah air. Tahun ini mesti lebih gempak dan lebih jauh perbezaan antara tahun2 sebelum ini kerana 8TV akan pastikan ia menjadi anugerah yg terus di ingati oleh peminatnya.

Bagi peminat-peminat Shout! Awards, jangan lupa untuk singgah ke laman Instagram dan Keek Shout! Awards menerusi carian @theshoutawards dan jangan lupa untuk menyaksikan sekali lagi kehebatan Shout! Awards yang akan bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 9 November 2013 jam 8.30 malam menerusi saluran hip 8TV!

Senarai Kategori Shout! Awards 2013

1. Rockstar Award
2. Popstar Award
3. Power Vocal Award
4. Flava Award
5. Break Out Award (Best New Act)
6. Music Video Award
7. Best On Screen Chemistry Award
8. Fresh TV Series Award
9. Breakthrough Local Feature Award
10. Favourite TV Program Award
11. Favourite TV Personality Award
12. Coolest Radio Announcer Award
13. Favourite Radio Show Award
14. Hot Chick Award
15. Hot Guy Award
16. Wired Celebrity Award
17. Shout! Aloud Award
18. The Ultimate Shout! Award






0 comments:

Hantu Paling Banyak Menang Anugerah

Penuh meriah dan pernuh dengan style gipsy itu lah yg ditonjolkan pada mlm Anugerah Blokbuster 2 yg berlangsung secara langsung semalam di Dewan Tertutup MBJB. Penonton dan peminat filem Malaysia menjadi penentu kepada semua barisan pemenang pada mlm tu. Memang berbaloi lah bila industri filem tempatan ni di hargai dan terdapat byk bakat muda yg tercalon. Keputusan pun telah di ketahui umu dan di sini di senaraikan semua pemenang pada mlm tersebut.


Anugerah Filem Terhebat – Hantu Kapcai
Anugerah Tuan Direktor Terhebat – Syamsul Yusof (Jalan Kembali – Bohsia 2)
Anugerah Filem Aksi Terhebat – Hantu Kapcai
Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (Hantu Kapcai)
Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsuddin (3 Temujanji)
Anugerah Drama Muzikal Terhebat – Aku Ada, Kau Ada?
Anugerah Lagu Tema Terhebat – Beginilah Caranya (Aku Ada Kau Ada?)
Anugerah Hero Baru Terhebat – Izzue Islam (29 Februari)
Anugerah Heroin Baru Terhebat – Neelofa (Hantu Kapcai)
Anugerah Direktor Baru Terhebat – Dharma Harun Al-Rashid (Adik Manja Returns)
Anugerah Watak Penjahat Terhebat – Sofi Jikan (Jalan Kembali- Bohsia 2)
Anugerah Filem Kelakar Terhebat – Hantu Kapcai
Anugerah Filem Seram Terhebat – Sumpahan Kum-Kum
Anugerah Filem Terhebat Astro First – Ombak Rindu
Anugerah PFM – Mejar David Teo


Satu anugerah special yg di perkenalkan pada mlm tu hasil daripada undian penonton di rumah iaitu Augerah Gempak Wechat. Anugerah ini menghargai persembahan yg mantap pada mlm itu dan pemenang membawa pulang wang tunai RM10,000. Dan telah di umumkan pemenang pada mlm itu adalah milik persembahan Stacy yg mantap dan hebat memang best tgk Stacy menari mantaplah.






0 comments:

Anugerah Blokbuster 2 Senaraikan Top 10 Ke Pentas Akhir

Satu-satunya anugerah yg meniktiraf penonton filem untuk menjadi juri pemilihan pemenang bakal berlangsung pada 15 Jun 2013 secara langsung di Astro Ria dibawakan dari Stadium Tertutup MBJB. Anugerah Blokbuster yg tengah hangat dengan undian daripada penonton sekrang telah menyenaraikan 10 pencalonan akhir daripada beratus filem yg tercalon sebelum ini. Terdapat juga kategori khas yg di pilih oleh juri profesional iaitu kategori Anugerah PFM, manakala satu anugerah daripada pembelian penonton Astro First iaitu Anugerah Astro First Terhebat.


Selain itu juga satu anugerah baru di perkenalkan pada mlm itu di mana penonton boleh membuat pemilihan secara langsung untuk Anugerah Gempak Wechat yg mana penonton boleh buat pengundian semasa artis membuat persembahan pada mlm tersebut. Anugerah ini cukup unik kerana penonton membuat undian menggunakan applikasi telepon Wechat kepada artis yang membuat persembahan pada mlm tersebut.


Antara barisan artis yg akan muncul pada mlm itu membuat persembahan pastinya W.A.R.I.S, DJ Fuzz, Adam, Stacy, Azlan & The Typewriter, Hazama, Kristal, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Aizat dan artis jemputan daripada Indonesia Shea. Pastikan anda menyaksikan secara langsung anugerah yg meniktiraf bakat serta karya tempatan daripada undian penonton filem tempatan. Siapa bakal merangkul Anugerah Filem Terhebat dan Anugerah Hero/Heroin Terhebat nantikan pada mlm itu secara langsung. Di sini di senarikan top 10 barisan pencalonan akhir untuk 13 kategori yg di pertandingkan.

1) ANUGERAH FILEM TERHEBAT:

- HANTU KAPCAI
- ISTANBUL AKU DATANG
- JIWA TAIKO
- ADNAN SEMPIT 2
- AKU TERIMA NIKAHNYA
- ADIK MANJA RETURNS
- AKU ADA, KAU ADA???
- MAEL LAMBONG
- BUJANG TERLAJAK
- 29 FEBRUARI

2) ANUGERAH TUAN DIREKTOR TERHEBAT CALON:

- GHAZ ABU BAKAR (HANTU KAPCAI)
- SYAMSUL YUSOF (JALAN KEMBALIBOHSIA 2)
- OSMAN ALI (JIWA TAIKO)
- DHARMA HARUN ALRASHID (ADIK MANJA RETURNS)
- BERNARD CHAULY (ISTANBUL AKU DATANG)
- RAHILA ALI (AKU ADA, KAU ADA???)
- ISMAIL BOB HASHIM (ADNAN SEMPIT 2)
- EYRA RAHMAN (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- EDRY ABDUL HALIM (29 FEBRUARI)
- SYAFIQ YUSOF (SAYA AMAT MENYINTAIMU (S.A.M))

3) ANUGERAH DIREKTOR BARU TERHEBAT :

- GHAZ ABU BAKAR (HANTU KAPCAI)
- ROSIHAN ZAIN BAHARUDIN (CHOWKIT)
- SYAFIQ YUSOF (SAYA AMAT MENYINTAIMU (S.A.M))
- DHARMA HARUN ALRASHID (ADIK MANJA RETURNS)
- EYRA RAHMAN (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- RAHILA ALI (AKU ADA, KAU ADA???)
- ESMA DANIAL (ZAITON, CERITAKU)
- NAMAWEE (HANTU GANGSTER)
- ASRULHISYAM AHMAD (SESUATU YANG TERTINGGAL)
- NIZAM ZAKARIA (CINTA KURAKURA)

4) ANUGERAH FILEM AKSI TERHEBAT:

- HANTU KAPCAI
- 8 JAM
- JIWA TAIKO
- SAYA AMAT MENYINTAIMU (S.A.M)
- JALAN KEMBALI - BOHSIA 2
- BUDAK PAILANG
- PE3
- CHOWKIT
- TAIKUN

5) ANUGERAH FILEM KELAKAR TERHEBAT:

- HANTU KAPCAI
- ISTANBUL AKU DATANG
- NGORAT
- ADNAN SEMPIT 2
- MAEL LAMBONG
- ADIK MANJA RETURNS
- PONTIANAK VS ORANG MINYAK
- CINTA KURAKURA
- APA CELOP TOQQ
- STRAWBERI CINTA

6) ANUGERAH FILEM TAKUT TERHEBAT:

- SUMPAHAN KUM-KUM
- HANTU GANGSTER
- HANTU DALAM BOTOL KICAP
- HANTU AIR
- SESUATU YANG TERTINGGAL
- KERAMAT
- HALIM MUNAN

7) ANUGERAH DRAMA MUZIKAL TERHEBAT:

- HOORE! HOORE!
- AKU ADA, KAU ADA???
- ISTANBUL AKU DATANG
- AKU TERIMA NIKAHNYA
- 29 FEBRUARI
- NGORAT
- HANYA AKU CINTA KAU SEORANG
- 7 PETALA CINTA
- ZAITON, CERITAKU
- GERIMIS MENGUNDANG

8) ANUGERAH HERO TERHEBAT:

- ZIZAN RAZAK(HANTU KAPCAI)
- SHAHEIZY SAM (ADNAN SEMPIT 2)
- ADI PUTRA (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- AARON AZIZ (NGORAT)
- REMY ISHAK(JIWA TAIKO
- BETO KUSYAIRY(ISTANBUL AKU DATANG)
- JOHAN RAJA LAWAK(PONTIANAK VS ORANG MINYAK)
- KAMAL ADLI (SALAM CINTA)
- ZIZAN RAZAK(MAEL LAMBONG)
- HAZAMA(APA CELOP TOQQ)

9) ANUGERAH HEROIN TERHEBAT:

- YANA SAMSUDIN (3 TEMUJANJI)
- LISA SURIHANI (ISTANBUL AKU DATANG)
- NADIA NISA'A(JIWA TAIKO)
- JULIANA EVANS(MAEL LAMBONG)
- NORA DANISH (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- JULIANA EVANS(ADIK MANJA RETURNS)
- LISA SURIHANI(SAYA AMAT MENYINTAIMU (S.A.M))
- NEELOFA (AZURA)
- INTAN LADYANA (ADNAN SEMPIT 2)
- TIZZ ZAQYAH(CINTA KURA-KURA)

10) ANUGERAH WATAK PENJAHAT TERHEBAT:

- SOFI JIKAN (JALAN KEMBALI - BOHSIA 2)
- JULIANA EVANS (ADIK MANJA RETURNS)
- BRONT PALARAE (JIWA TAIKO)
- REMY ISHAK (HANTU KAPCAI)
- AL EX YANZ (TAIKUN)
- KAMAL ADLI (AKU ADA, KAU ADA???)
- SITI FAZURINA (BAIK GILLER)
- AZAD JASMIN (APA CELOP TOQQ)
- TOMOK (ISTANBUL AKU DATANG)
- FARID KAMIL (PE3)

11) ANUGERAH LAGU TEMA TERHEBAT:

- BEGINILAH CARANYA (AKU ADA, KAU ADA???)
- TIADA KASIH TIADA CINTA (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- HARLEY (HANTU KAPCAI)
- BEBAS (JIWA TAIKO)
- ADIK MANJA RETURNS (ADIK MANJA RETURNS)
- AKU DATANG (ISTANBUL AKU DATANG)
- AKU MAHU DIA (APA CELOP TOQQ)
- JAGALAH DIRI (29 FEBRUARI)
- AJARI AKU (SAYA AMAT MENYINTAIMU (S.A.M))
- H.A.C.K.S (HANYA AKU CINTA KAU SEORANG)

12) ANUGERAH HERO BARU TERHEBAT:

- IZZUE ISLAM (29 FEBRUARI)
- HAIRUL AZREEN (HANTU KAPCAI)
- SHAHRIZAL JASZLE (AZURA)
- JUSTIN FOO (BAIK GILER)
- RYKAL ISKANDAR (AJI BOY)
- IZZUE ISLAM (HANTU KAPCAI)
- KARL SHAFEK (ZAITON,CERITAKU)
- NIZAM ZAIDI (BUDAK PAILANG)
- HARRIS SHIDEE (AKU,KAU&DIA)
- AIZAT AMDAN (ISTANBUL AKU DATANG)

13) ANUGERAH HEROIN BARU TERHEBAT:

- NEELOFA (HANTU KAPCAI)
- ANZALNA NASIR (KAHWIN 5)
- SITI MAIZATUL RAFIRA (JIWA TAIKO)
- MARIA TUNKU SABRI (ADIK MANJA RETURNS)
- JIHAN RAJA LAWAK (ADIK MANJA RETURNS)
- SHIMA ANUAR (7 PETALA CINTA)
- MON RYANTI (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- NUR SHAZWANA (HOORE! HOORE!)
- FARHANNA QISMINA (SESUATU YANG TERTINGGAL)
- JOJO GOH (29 BEBRUARI)




0 comments:

Anugerah DiGi WWWOW 2013 Untuk Pengguna Internet Tegar

Ini tahun ke 3 anugerah untuk peminat dan juga pengguna internet teger di seluruh Malaysia daripada DiGi. Anugerah khas ini adalah untuk menghargai aktiviti dan juga jasa pengiat internet kepada bangsa, agama dan negara. Wow dah mcm besar jer anugerah ini tapi itulah sebenarnya besarnya pengaruh internet kepada pengguna dan juga pembaca di seluruh Malaysia.


Caya atau tidak sesuatu perkara boleh tersebar seluruh dunia kurang daripada 1 saat. Inilah kehebatan internet sekarang perkara baik atau buruk tiada batasan. Tapi sebagai pengguna yg bijak kita kena pandai menilai baik dan buruk sesuatu yg dtg dalam internet itu. Sebab itu munculnya anugerah DiGi Wwwow ini utk menghargai mereka yg menggunakan internet ke arah kebaikan. 


Dalam anugerah ini DiGi telah bekerjasama dengan 19 rakan kongsi jenama dan syarikat-syarikat yang percaya dalam kuasa Internet untuk memberikan RM165, 000 hadiah wang dan juga hadiah percutian ke beberapa negara untuk mengacari pengalaman berharga. Wow untunglah org glamor dalam internet ni kan. Anugerah ini terbuka bukan sahaja kepada pengiat blogger malah juga kepada pengguna Facebook, Twitter, Youtube dan sebagainya.

Calonkan diri anda utuk kategori2 yang di perntandingkan ini dan setelah itu dapatkan undian daripada peminat dan pengikut setia anda untuk memastikan anda terus berada di top 5 dan terus mara ke peringkat akhir. Pendaftaran di buka dari 18 mei-23 Jun 2013, di sini adalah 4 langkah mudah yang akan membawa anda ke sana:

 
  1.      Log masuk melalui Facebook, Twitter atau Akaun Google+ anda di www.wwwow.my.
  2.      Pilih kategori anda paling berminat untuk menyertai.
  3.      Hantar gambar anda dan termasuk semua butir-butir yang berkaitan dalam penghantaran anda.
  4.      Menyebarkan berita dan mendapatkan pengikut anda untuk mengundi untuk anda!





1 comments: