Archive for Ogos 2013

Shout Awards 2013 - Anda Boleh Calonkan Mereka Yang Layak

Kali ke 4 anugerah ini akan di anjurkan oleh saluran tv berbahasa inggeris di Malaysia iaitu 8TV. Buat pertama kali pula mereka telah membuka kepada anda sebagai peminat dunia seni tanah air untuk mencalonkan siapa barisan artis yg layak untuk setiap kategori. Anda boleh pilih sendiri tetapi di peringkat akhir Shout Awards akan senaraikan mereka yg telah anda pilih. Mudah senang untuk and senaraikan artis kegemaraan anda mengikut 17 kategori yg telah di sediakan.


Untuk anda mencalonkan barisan artis pilihan anda boleh layari http://www.shoutawards.com.my/nomination/. Anda hanya perlu sertakan nama, email dan IC anda untuk melayakan anda menjadi antara peminat yg mencalonkan sendiri barisan artis kegemaran anda. Namun harus mematuhi beberapa syarat yg di tetapkan ini.


1) Sila pastikan anda menyenaraikan nama penuh atau nama samaran kepada artis kegemaran anda.
2) Pencalonan adalah terbuka kepada kategori masing-masing yang dikeluarkan / di udara di Malaysia dari 1 Julai 2012 - 30 Jun 2013.
3) Anda hanya dibenarkan untuk mencalonkan maksimum 3 calon setiap anugerah.
4) Anda hanya dibenarkan untuk mengemukakan (1) borang pencalonan SAHAJA.
5) Artis pencalonan boleh artis luar negara yang menandatangani production house tempatan atau saluran tempatan.
6) Keputusan muktamad calon-calon Shout Awards 2013 akan di adili oleh Majlis Anugerah, mengikut budi bicara mutlaknya.

17 kategori yang boleh di calonkan adalah seperti berikut.

1) Rockstar Award
2) Popstar Award
3) Power Vocal Award
4) Flava Award
5) Music Video Award
6) Breakout Award
7) Best On Screen Chemistry Award
8) Fresh TV Series Award
9) Breakthrough Local Feature Award
10) Favorite TV Program Award
11) Favorite TV Personality Award
12) Coolest Radio Announcer Award
13) Favorite Radio Show Award
14) Hot Chick Award
15) Hot Guy Award
16) Shout! Aloud Award
17) Wired Celebrity Award

 So apa lagi calonkan barisan artis tempatan yg anda rasa berbakat untuk tersenarai dalam anugerah tempatan ini. Jgn bagi peluang kat artis luar kerana hanya kita sahaja yg ada untuk membantu industri hiburan tanahair yg tercinta ini. Tahun ini pasti lagi meriah majlis anugerah yg bakal berlangsung pada 9 Nov 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil. Jgn lupa tanggungjawab anda yg menjadi peminat industri hiburan tempatan..




 

0 comments:

Jap Sephatu Buat Kejutan Di Anugerah Lawak Warna

Buat pertama kali anugerah menghargai penggiat seni dalam dunia lawak di Malaysia. Secara keseluruhan kategori yg di pertandingkan untuk memartabatkan pelakon lawak dan mereka yg terlibat di sebalik tabir dalam dunia lawak. 20 anugerah di pertandingka 16 adalah pilihan juri profesional dan juga 4 kategori pilihan penonton melalui undian sms dan undian di laman web. Meriah anugerah yg telah berlangsung semalan di Istana Budaya secara lagnsung di Astro Warna dan Astro Mustika HD. 


Ramai pelawak baru dan pelawak lama di kumpulkan dalam satu anugerah dan juga konsep anugerah yg lain daripada lain. Sebelum ini pelawak di gunakan untuk selingat di waktu rehat majlis anugerah secara langsung tetapi kini pelawak adalah penghibur secara penuh dalam sebuah anugerah. Ini akan meningkatkan martabat pelawak negara, tahniah buat Astro dan juga penggiat seni lawak tempatan.

Di sini senarai penuh pemenang pada mlm anugerah tersebut mengikut kategori. 

1. FILEM KOMEDI TERBAIK
Istanbul Aku Datang

2. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (FILEM)
Zizan (Hantu Kapcai)

3. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (FILEM)
Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)

4. PELAKON KOMEDI LELAKI TERBAIK (TV)
Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi)

5. PELAKON KOMEDI WANITA TERBAIK (TV)
Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk TV)

6. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BERSIRI)
Maharaja Lawak Mega 2012

7. SIRI TV KOMEDI TERBAIK
Keluarga Iskandar

8. SIRI KOMEDI KANAK-KANAK TV TERBAIK
Oh! My English

9. RANCANGAN KOMEDI HIBURAN TERBAIK (BUKAN BERSIRI)
Warna Raya 2012

10. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (FILEM)
Istanbul Aku Datang

11. LAKON LAYAR KOMEDI TERBAIK (TV)
7 Dulang Asam Pedas

12. SKRIP KOMEDI TV TERBAIK
Megat Fauzi Sukarnain (Kampung Semarah Padi)

13. SKRIP KOMEDI FILEM TERBAIK
Rock Oo (Mamat Khalid)

14. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (TV)
Azizi Chunk Adnan (7 Dulang Asam Pedas)

15. PENGARAH KOMEDI TERBAIK (FILEM)
Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)

KATEGORI POPULAR

1. ARTIS LAWAK LELAKI PALING POPULAR
Jep Sepahtu

2. ARTIS LAWAK WANITA PALING POPULAR
Didie Alias

3. SEGMEN KOMEDI RADIO PALING POPULAR
Sketsa JoHaRa

4. VIDEO VIRAL ORIGINAL PALING POPULAR Samad
Matluthfi90 - Drama-Drama Sebelum Kahwin

ANUGERAH KHAS JURI
Othman Hafsham
S. Shamsuddin


Kejutan di buat oleh pelawak Jep Sephatu kerana buat pertama kali beliau menerima anugerah setelah bertahun dalam dunia senia lawak tempatan. Turut terkejut dengan kemenangan ini adalah pasti mereka yg tercalon dalam kategori tersebut seperti Johan dan Shuib. Tahniah kepada semua barisan pemenang dan juga kepada Astro kerana berjaya menganjurkan sebuah anugerah yg hebat seperti ini. Moga ia akan terus mengembangkan industri lawak tempatan tahniah.






0 comments:

Anugerah Melodi 2013 Pemenang Barisan Artis Lama dan Baru

Raya yg lepas Melodi telah menganjurkan anugerah buat pertama kali dalam sebuah program tv. Melodi sebuah program gosip artis tempatan yg mendapat hati peminat industri hiburan tanah air. Mencalonkan barisan artis yg hebat2 dalam anugerah ini menggabungkan artis baru dan lama. Senarai pemenang juga telah di ketahui dalam program tv Melodi Raya baru2 ini.


Senarai pemenang bagi setiap kategori yg di pilih oleh penonton dan peminat program tv tersebut.

1) Artis Dinamik 
Zizan Razak
 
2) Pasangan Pujaan
Awal Ashaari & Scha Alyahya
 
3) Artis Wanita Pilihan
Dato Siti Nurhaliza
 
4) Artis Lelaki Pilihan
Remy Ishak

5) Artis Sensasi
Adi Putra

6) Anugerah Khas Melodi 
Fauziah Ahmad Daud
 
Tahniah kepada barisan pemenang dan pasti kembali menerima anugerah adalah artis yg selalu nama tercalon dan pasti menang anugerah iaitu Dato Siti Nurhaliza. Menurut kata beliau "Anugerah ini adalah tanda kepercayaan mereka terhadap bakat Siti dan terima kasih sekali lagi kerana tidak jemu menyokong kerjaya Siti" dalam sebuah portal hiburan selepas di temuramah pada majlis Melodi Raya. Tahniah kepada semua dan moga Melodi akan terus di terima oleh peminat seni tanah air kita. 



 
 
 
 
 
 

0 comments:

Artis Program Realiti Meraih Show Dengan Peminat

Kalau hidup dalam dunia yg sebenar tak apa tapi jgn hidup dalam dunia yg tidak realiti tetapi cuba untuk di jadikan realiti. Inilah nasib yg di hadapi oleh kebanyakan artis porgram realiti cuma program jer realiti tapi hakikat ia tidak lah semanis yg di janjikan. Tambah2 lagi artis ini bukan lah pemenang atau juara program itu hanya skadar peserta yg memeriahkan program sahaja.

Mahagosip bukan nak buat gosip di bulan Syawal ini tetapi kesian melihat nasib mereka yg banyak lahir dari program realiti. Tak ada apa2 yg dpt semua kena usaha sendiri dan bangun sendiri selepas program realiti. Ini Mahagosip ada terbaca satu status daripada bekas peserta sebuah program realiti tv percuma ini. Peserta ini dah mcm terpaksa meraih simpati kepada peminat untuk memanggil beliau membuat persembahan sempena dengan bulan raya ni.


Kalau tgk kat status Fb dia ni rasa2 memang di sgt2 memerlukan kerja mungkin sebab tak byk job maklumlah bukan juara pun. Kesian tgk hidup dalam dunia seni tanah air ni kalau tak cukup bagus jgn berangan lah dpt sebarang job. Dah lah tak ada rupa nyanyi pun alah kadar jer so kesian. Tapi nak buat mcm mana nasib artis program yg sesetengah org panggil program "Mee Segera". Apa pun niat beliau baik nak cari peluang mana tahu ada kawn2 baca status dia and nak panggil buat show harga memang murah lah tu hehehehe.

Apa pun anda kalau nak sertai program realiti dikir habis2 dan juga fikir masak2. Jgn sampai merayu pada simpati org untuk dptkan show. Simpati tetapi nak buat mcm mana anda dah pilih jalan itu dan anda harus terus usaha untuk lebih berjaya dana maju. Jgn harap sgt pada org ok usaha sendiri mana tahu rezeki lebih melimpah ruah. Ok semua kalau ada open house tu panggil2 artis murah2 ni buat show sekurang2nya dpt mereka pendapatan lebih sikit kan. Selamat memjamu selera di Open House ok bye....

2 comments:

Filem Wajib Tayang Hari Raya Pertama

Dalam kesibukan persiapan hari raya bagi penggiat seni filem tempatan pula sibuk menantikan saat tayangan filem mereka menjelang hari raya nanti. Ada 3 buah filem akan masuk panggung pada hari raya pertama 2 buah daripada filem tempatan dan sebuah filem antarabangsa. Pesaingan sihat ini dilihat lebih terjurus kepada usaha untuk medapatkan status boxoffice kerana filem2 yg akan di tayangkan bukan calang2 filem dan juga pengarahnya.


Filem pertama yg akan keluar di pawagam pada hari taya nanti adalah sebuah filem sikual kepada filem2 untuk versi pertama dan keduan. Adnan Sempit kini telah masuk musim ke 3 dan masih mengekalkan momentum barisan pelakon yg hebat2 dari musim pertama hingga kedua. Shahezy Sam, Yana Samsudin, Along Cham dan Intan Ladyana dilihat penghidup kepada filem ini yg pernah menjulang box office untuk musim yg pertama. Konsep masih di kekalkan kisah latar belakang hidup mat dispatch yg kini telah masuk fasa perkahwinan mereka dengan insan pilihan hati.

Mampukah filem ini mengulangi kejayaan kepada Adnan Sempit yg pertama. Adakah barisan pelakonnya mampu untuk menarik minat penonton untuk menonton filem ini. Namun bagi penerbit David Teo ia bukan halangan kerana taget beliau untuk keluar lebih 50 filem dalam setahun pasti tercapai. Apa pun jgn lupa untuk pergi kepawagam hari raya ini bagi menyaksikan filem Adnan Sempit 3 yg masih kelakar dan hebat.


Filem kedua yg akan di tayangkan juga pada hari raya pertama adalah filem Lemak Kampung Santan. Sebuah filem terbitan, arahan dan lakonan Hans Isaac ini nampak lebih lain dengan filem2 beliau sebelum in. Filem yg berkisarkan kehidupan org kg Melayu yg penuh dengan adat dan kesopanan di selitkan dengan eliment humor dalam filem ini menjadi ia agak menarik. Bergandingan dengan kekasihnya Neelofa nampak lakonan mereka tidak keko dan seolah-oleh ia realiti. 

Masih begandingan dengan barisan pelakon pilihan Hans sendiri seperti Harun Salam Bachik, Awie, Afdlin Shauki, Kir Rahman dan ramai lagi merupakan kisah cinta antara gadis kampung dengan jejaka kota. Bagaimana plot cerita dan kesudahan kisah ini kena saksikan sendiri filem Lemak Kampung Santan tayangan hari raya pertama di seluruh pawagam berhampiran anda.


Sebuah filem luar negara juga akan mengjengah di pawagam tempatan pada hari raya pertama. Filem aksi dan fiksyen Percy Jackson - Sea Of Monsters adalah karya daripada sebuah novel terlaris ini mengetengahkan kisah magik. Mereka bertarung dengan raksaksa air, tentera zombi dan juga pejahat sihir. Watak Percy Jackson di pegang oleh pelakon Logan Lerman dan bergandingan bersama pelakon lain seperti Alexandra Daddario, Brandon T Jackson, Jake Abel dan ramai lagi.

Untuk saksikan filem yg berbeza ini jgn lupa untuk ke pawagam pada hari raya pertama juga. Mungkin hari tu lepas solat raya boleh buat marathon untuk tonton 3 buah filem hebat ini yg bakal membawa demensi berbeza kepada penonton. Namun amalan ziarah menziarahi jgn dilupa kepada jiran dan sanak saudara mesti di utamakan. Erat silatulrahim di bulan mulia ini kalau susah2 bawa semua ahli keluarga ke pawagam tonton 3 filem hebat ini nanti ok..






1 comments: