Archive for Oktober 2013

Syukur Alhamdulillah Mizz Nina Bertudung

Kalau benar berita yg Mahagosip dengar ini Alhamdulillah dah lama semua peminat menanti khabar berita buat artis2 wanita di Malaysia. Kalau benar Mizz Nina Bertudung ia adalah berita paling bahagia buat Noh dan juga sekeluarga. Peminat juga mendoakan kejayaan kepada Mizz Nina setelah berhijrah ini. 


Bertepatan dengan sambutan Maal Hijrah yg bakal kita sambut ini adalah satu berita hijrah paling bagus untuk permulaan artis2 tempatan. Kerana hijab itu bukan halangan untuk berjaya dan juga mencapai peringkat antarabangsa. Semua telah terbukti seperti Yuna dan Shila Amzah sendiri telah membawa nama negara dan image hijab ke peringkat antrabangsa. Ke sebuah negara yg jauh daripada image hijab sendiri.

Jadi mungkin selepas ini bukan satu trand untuk artis wanita berhijab tapi ia adalah tanggungjawab sebagai umat Islam melakukan perkara yang baik. Mizz Nina jgn risau untuk tidak ada job menyanyi ker lepas ini atau tidak dpt buat video clip yg sexy2 lagi. Mungkin akan ada pada ruang lain yg lebih di berkati. Mahagosip harap lepas ni lebih ramai artis wanita tampil dengan image hijab.







0 comments:

Parti Bersama EH! 20 Yang Anggun & Disenangi


LOKASI : Vertigo (Level 6), Gardens Mall
TARIKH : 13 November 2013, Rabu
MASA : 7-10 malam
HARGA TIKET : RM 15 + 1 minuman percuma 

Tiket boleh di dapati di lokai-lokasi berikut bermula 1 Oktober - 10 November 2013

• Blu Inc Media (10pg – 5 ptg, Isnin – Jumaat)
• Toko Buku MPH terpilih:
- MPH Alpha Angle
- MPH Alamanda
- MPH Midvalley
- MPH One Utama
- MPH Subang Parade
- MPH Shah Alam City Centre (SACC Mall)
- MPH Giant Stadium Shah Alam
- MPH PKNS Bangi
• Butik dressingpaula (Lembah Klang):
- dressingpaula PAVILION
- dressingpaula SETIA CITY MALL
- dressingpaula SUNWAY PYRAMID

PERINGATAN: Sila bawa tiket sebagai pas masuk ke parti. Bawa bersama tiket anda dan keratan kupon untuk penebusan beg cenderahati. Penebusan bermula 7 malam di lokasi. Siapa cepat, dia dapat!
 
(TERHAD KEPADA 200 PEMBACA PERTAMA YANG MEMBAWA TIKET DAN KERATAN KUPON SAHAJA)

Upload gambar anda di Instagram bertemakan “Chic and Stylish” berserta  #ehanggundisenangi13 untuk memenangi tiket ke parti EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2013. 






0 comments:

Shout Awards 2013 Pencalonan Akhir

Anugerah yang mengiktiraf pemenang hasil dari pilihan peminat Shout! Awards 2013, bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Shout! Awards 2013 bakal bersiaran secara langsung di kaca televisyen anda pada 9 November jam 9 malam di 8TV. Shout! Awards 2013 menampilkan 17 anugerah dalam lima kategori berbeza dan satu anugerah utama iaitu The Ultimate Shout! Award

Tarikh undian mula dibuka pada 18 Oktober sehingga 8 November. Untuk keterangan lanjut mengenai cara pengundian dan informasi terkini mengenai Shout! Awards 2013, layari laman web www.shoutawards.com.my ataupun www.8tv.com.my.

Senarai penuh pencalonan akhir untuk Shout! Awards 2013.

MUSIC
1. Rockstar Award

Azlan & The Typewriter
Bunkface
Faizal Tahir
Go Gerila!
Oh Chentaku
They Will Kill Us All

2. Popstar Award
Aizat Amdan menampilkan Yuna
Hafiz Suip
Jaclyn Victor
Kyoto Protocol menampilkan Liyana Fizi
Noh Salleh menampilkan Aizat Amdan
Yuna

3. Power Vocal Award

Adira
Azlan & The Typewriter
Eddie Edzuan (Tres Empre)
Faizal Tahir
Hafiz Suip
Jaclyn Victor

4. Flava Award
Altimet menampilkan Awi Rafael
DJ Fuzz
Mizz Nina menampilkan Jay Park
The Rebel Scum
W.A.R.I.S
Zizan Razak menampilkan Kaka Azraff

5. Music Video Award

Aizat Amdan menampilkan Yuna
Go Gerila! menampilkan Loque
KRU menampilkan Stacy
Love Me Butch
Mizz Nina menampilkan Jay Park
W.A.R.I.S menampilkan Juzzthin

6. Break-Out Award (Best New Act)
Iqbal M
Jay Walia
Narmi
The Rebel Scum
Tres Empre
W.A.R.I.S

TV/FILM
7. Best On-Screen Chemistry Award

Adi Putra & Nora Danish (Aku Terima Nikahnya)
Lisa Surihani & Beto Kusyairy (Istanbul Aku Datang)
Redza Minhat & Cristina Suzanne (Kil)
Yus & Taukeh (Maharaja Lawak Mega 2012)
Zizan Razak & Johan (Raja Lawak 7)
Zizan Razak & Johan (Maharaja Lawak Mega 2012)

8. Fresh TV Series Awards
Adam & Hawa (Astro Mustika HD)
Hip-Hoppin' AsiA (8TV)
JetLag (8TV)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (TV3)
Switch Off (TV9)
What If (8TV)

9. Breakthrough Local Feature Award
Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit
Istanbul Aku Datang
Juvana The Movie
Kil
Langgar
Lawak Ke Der? 2

10. Favourite TV Program Award
Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)
Bella Awards 2013 (ntv7)
Hip-Hoppin' Asia (8TV)
Karoot Komedia X (Astro Warna)
Maharaja Lawak Mega 2012 (Astro Warna)
Versus 2 (TV9)

11. Favourite TV Personality Award

Awal Ashaari (Melodi)
Iedil Putra (JetLag)
Joe Flizzow (Hip-Hoppin' Asia)
Nabil Ahmad (MeleTop)
Neelofa (MeleTop)
Zizan Razak (Melodi)

RADIO
12. Coolest Radio Announcer Award

Fara Fauzana (Hot FM)
Faizal Ismail (Hot FM)
Hani Hatim (Fly FM)
Hafiz Hatim (Fly FM)
Johan (Era FM)
Prem (Fly FM)

13. Favourite Radio Show Award
Fly 30 with Hafiz (Fly FM)
Fly FM Stripped with Hani Hatim (Fly FM)
Johara Pagi Era (Era FM)
Mixtape Sessions with Jakeman, DJ Dhan & DJ Fuzz (Mix FM)
Pagi Rock Crew (Fly FM)
Panggilan Hangit (Hot FM)

WORKS
14. Hot Chick Award

Cristina Suzanne
Izara Aishah
Lisa Surihani
Nora Danish
Nur Fazura
Scha Al-Yahya

15. Hot Guy Award
Aaron Aziz
Adi Putra
Awal Ashaari
Hans Isaac
Henry Golding
Redza Minhat

SOCIAL MEDIA
16. Wired Celebrity Award

Aaron Aziz (@AaronDwiAziz)
Adibah Noor (@adibahnoor)
Fatimah Abu Bakar / Sharifah Amani / Sharifah Aleya (@fatibee / @sharifahamani / @sharifahaLEYA)
Khairy Jamaluddin (@Khairykj)
Sofea Jane (@memhanyut)
Yuna (@yunamusic)

17. Shout! Aloud Award
IniAnwarHadi
JinnyboyTV
Kyopropaganda
Matluthfi90
Pete Teo Television
thewkd



*Berita daripada gua.com.my






1 comments:

Kemenangan Seimbang di Anugerah Planet Muzik 2013

Telah berlangsung dengan gemilang Anugerah Planet Muzik 2013 di Singapura. Di acarakan oleh tiga pengacara hebat dari tida buah negara iaitu Dato Ac Mizal (Malaysia), Sarah Sechan (Indonesia) dan Adi Rahman (Singapura). Telah menghasilkan satu gabungan yg mantap dan sekata seimbang dengan komedi dan juga perjalanan majlis anugerah. 


Kemenangan barisan artis dari tig buah negara juga seimbang daripada pilihan juri dan peminat. Dapat dilihat bahawa artis dari Malaysia Hafiz berjaya memenangi 3 anugerah, turut sama menang 3 anugerah pada malam itu ialah artis baru Cakra Khan dari Indonesia. Manakala Sleeq juga memenangi 3 anugerah daripada kategori artis Singapura.

Senarai penuh pemenang bagi setiap kategori di Anugerah Planet Muzik 2013.

Artis Serantau Paling Popular: Hafiz
Lagu Serantau Paling Popular: Muara Hati (Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza)
Lagu Serantau Terbaik: Harus Terpisah (Cakra Khan)
Vokal Terbaik Artis Baru Lelaki: Cakra Khan
Vokal Terbaik Artis Baru Wanita: Citra Scholastika
Artis Lelaki Terbaik: Judika
Artis Wanita Terbaik: Bunga Citra Lestari
Duo/Kumpulan Terbaik: Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza (Muara Hati)
Kolaborasi Terbaik: Najwa Latif, SleeQ & Syamkamarul (Sahabat)
Band Terbaik: NOAH (Separuh Aku)
Lagu Terbaik Malaysia: Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
Lagu Terbaik Indonesia: Harus Terpisah (Cakra Khan)
Lagu Terbaik Singapura: Jangan Ganggu Pacarku (Aliff Aziz)
Lagu Singapura Paling Popular: Untuk Dia (SleeQ feat Najwa Latif)
Artis Singapura Paling Popular: Audionauts
Ikon Media Sosial: SleeQ
Nova Media Sosial: Hafiz Zainal
Penerima Khas APM 2013: Black Dog Bone



0 comments:

Super Spontan VS Liga Lawak SuperStar

Bila idea hanya dtg daripada satu org akan jadi satu perkara yang hampir sama tapi tak serupa katanya. Itulah kelemahan bila tiada perbincangan dan idea yg di curah hanya pada seorang sahaja penerbit. Tak tahu apa tujuan nak kaut untung kedua2 pihak atau sahaja nak cabar mancabar. Konsep hampir sama kadang2 membuatkan penonton kita muak sebab kedua2 nya mengharapkan undian sms. Nampak sagt nak kaut untung pada penonton yg kurang bijak ni.
Itu lah nasib yg dpt di lihat dalam industri penerbitan di negara kita. Dua program hampir sama tapi menggunakan pelawak berbeze. Super Spontan dan juga Liga Lawak Superstar menggunakan konsep sama cuma saluran yg berbeza. Super Spontan sudah hampir kepada penghujungnya dan Liga Lawak Superstart baru bermula.

Adakah ini sahaja tahap lawak negara kita. Hanya mampu tiru dan kaut keuntungan daripada penonton. Sebelum ni siaran TV3 juga pernah meniru program realiti daripada Astro iaitu Bintang Mencari Bintang yg di tiru daripada Raja Lawak. Tak tahu sapa tiru sapa dan kenapa ia berulang lagi kali ini. Penonton kena bijak jgn cepat sgt nak mengundi bukan dpt faedah pun rugi jer duit anda. Baik guna untuk bayar minyak yg mahal dan juga harga rokok yg naik lagi bagus wakakaka...





2 comments:

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Pendahulu Top 5 MahaGosip Minggu ini

Carta Top 5 MahaGosip adalah satu segment baru di blog MahaGosip yg merangkumkan tentang gosip hangat artis tempatan sepanjang seminggu. Ia di ambil daripada laman blog mahupun media cetak dan social media untuk di jadikan rangkuman bagi pembaca sekalian. Sekiranya anda mahukan gosip lebih panas terhadap artis tempatan bacalah MahaGosip setiap minggu untuk dapatkan gosip lebih lengkap dan terkini.


1) Hubungan perkahwinan yang di sembunyikan - Aeril Zafrel & Wawa Zainal

Kisah dua pelakon muda ini begitu hangat di pekatakan bukan sahaja di media elektronik dan cetak malah lebih kencang di laman social dan juga blog. Kisah mereka mula terbungkar setelah Wawa Zainal di katakan hilang daripada pihak pengurusan dan tiada khabar berita. Lanjutan pendedahan hebat dari akhbar B-Pop mengkencangkan lagi tentang gosip ini. Akhirnya dua pasangan suami isteri ini telah mengadakan sidang media untuk memperjelaskan tentang gosip dan status mereka sebagai suami isteri yg sah.

2) Nora Danish nafi terima rumah dan kereta mewah

Kisah percintaan antara pelakon comel ini bersama anak kepada ahli politik ini begitu kencang di perkatakan. Ini kerana hampir di setiap gambar yg di postkan di Instagram milik Nora mengandungi gambar lelaki ini. Namun ia lebih hebat apabila Nora dikatakan menerima sebuah rumah banglo dan juga kereta Ferari daripada lelaki tersebut. Tetapi Nora menafikan sekeras-kerasnya bahaw ia hanay gosip dan rumah itu bukan miliknya.

3) KL Gengster 2 dapat bantuan 10 Penerbit filem tempatan

Setelah kecoh tersebarnya filem KL Gengster 2 secara haram dalam laman blog dan juga boleh di muat turun secara online sebelum tayangan, Syamsul Yusof pernah menyatakan tentang kekecewaannya kerana ia terjadi kepada filem arahan beliau. Syamsul juga telah menyatakan untuk bersara daripada membuat filem akibat terlalu kecewa. Maka inisiatif 10 org penerbit filem lain untuk membantu filem KLGengster 2 adalah niat murni. Tetapi filem ini tetap mendapat sambutan daripada penoton sehingga sekarang tayangan telah mencecah lebih 4 juta kutipan seluruh Malaysia.

4) Kisah cinta baru Fauzi Nawawi bersama Noni AF5


Tiba2 kisah pelakon lelaki yg hebat ini juga suami kepada Nisdawati iaitu Fauzi Nawawi menjadi bualan dan juga paparan di dalam media social dan blog. Kisah cinta tiga segi beliau mula mendapat perhatian bersam dengan bekas pelajar AF 5 iaitu Noni. Mereka berdua menafikan tentang gosip ini kerena masing2 sibuk dengan kerjaya dan saling fokus kepada keluarga. Fauzi Nawawi juga menyatakan tidak mengenali Noni dan malu kepada peminat dan keluarga atas gosip yang menipa diri beliau. Fauzi selalu di gosipkan mempunyai kekasih gelap sebelum ini.

5) Artis dapat anugerah Dato lagi

Lepas di lihat penganugerahan darjah Dato/Datuk kepada artis sebagai trand kini semakin ramai golongan ini terus dapat perhatian pihak istana. Kini giliran penerbit, pengarah dan juga pelakon popular Rosyam Noor bakal menerima darjah kebesaran daripada Yang di Pertua Negeri Melaka membawa gelaran Dato. Bersama beliau adalah penyanyi yg cukup popular dan menjadi idola sehinggga kini iaitu Ramli Sarip juga bakal mendapat anugerah yg sama atas jasa dan pengorbanan mereka.









0 comments:

Selamat Pengantin Baru Aeril Zafrel & Wawa Zainal

Itulah ucapan yg harus keluar dari mulut kita apabila pasangan yg telah membuat pengakuat terhadap perkahwinan mereka secara sah. Tak perlu nak di was-was kan lagi dan tak perlu nak syak apa2 lagi tuan punya mulut dah menyatakan bahawa mereka telah begelar suami isteri hampir 2 tahun. Knp kita perlu cari salah org tapi kita kena cari kebenaran dan telah dapat kita kena syukur. Tahniah kepada wartawan yg berjaya mencari berita ini sehingga akhirnya ia terbongkar jua.

Pertama sekali nak ucap selamat pengantin baru kepada Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dan selamat menjadi ayah dan ibu kepada cahaya mata baru. Syukur kerana mereka sebenarnya bukan buat perkara salah cuma ia di lindungi daripada di salahi akibat perkara yg baik. Tapi sepatutnya mereka boleh berbincang cara baik dengan pihak pengurusan MIG jika niat mereka itu baik dan ikhlas.  Lepas ni boleh lah mereka buat majlis resepsi untuk peminat dan wartawan agar menghebahkan perkara yg baik ini.


Maka selepas ini tiada lagi spekulasi jahat atau gosip buruk pada pasangan ini kerena mereka telah benar menjadi suami isteri dan ibu bapa kepada Ahmad Fakharuddin Attar. Tahniah dari kami peminat dan pembaca cerita yg kurang enak tentang anda berdua. Apa pun doa dari kami semoga anda dapat kekal kebahagian ini sehingga ke Jannah yg di redhai Allah. Moga pihak pengurusan dapat mempertimbangkan tindakan mereka ini kerana ia adalah perkara yg baik.

Sebenarnya MG (MahaGosip) suka kepada mereka yg mendirikan masjid ini kerana ia dapt mengurangkan fitnah dan menghindari daripada melakukan dosa. Daripada terus menafikan tentang hubungan mereka tetapi bila dah putus kecewa, kata tak bercinta mcm mana leh putus. Itu adalah mainan dunia hiburan tanah air kalau tak ada perkara ini tak havok lah dunia hiburan ni kan. MG gembira pada artis yg lebih befikiran matang dan jauh untuk masa depan mereka. 


0 comments:

Tegar Perlu Banyak Latihan Vokal

Bila sebut nama penyanyi dari seberang ni tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia, dengan cepat sahaja nama Tegar cukup sinonim dengan lagunya yg bersahaja. Berasal dari keluarga susah dan latar belakang org kg nasib anak muda ini terus berubah setelah bakatnya di siarkan dalam laman Youtube oleh seorang. Kini nasib Tegar lebih jauh berbeza tembahan pula dia mula memasuki negara ini walaupun dengan hanya satu single sahaja.


Nasib itu tidak seindah yg di impikan oleh anak tempatan sendiri. Mereka bukan sahaja di lahirkan daripada program realiti tempatan malah bakat mereka jauh lebih hebat. Tapi rezeki mereka tidak selebat Tegar. Boleh lihat kepada nasib kanak-kanak tempatan yg sertai program nyanyian realiti tempatan masih tidak setanding bakat Tegar. Kanak-kanal kelahiran Idola Kecil, Ceria PopStar, Ceria SuperStar dan byk lagi program realiti tempatan masih tidak mampu mengatasi bakat Tegar.

Malah mereka ini sesetengah sudah ada album dan byk lagu yg di hasilkan tetapi susah untuk di mainkan di radio tempatan. Kalau ada pun time segment rancangan kanak-kanak tetapi berbeza dengan penyanyi dari seberang ini di mana lagu sentiasa di mainkan malah menjadi igauan dan ingatan kanak-kanak tempatan. Adakah ini kerana kesilapan kita sendiri kerana telalu mengagungkan artis luar walaupun mereka hanya ada satu lagu belum ada album lagi.

Benarlah bak kata pepatan "Beruk di hutan di susukan anak di rumah mati kelaparan" malah bakat anak-anak tempatan terus lelap dan mati di makan usia. Bila ia akan berubah kalau nak di ikutkan nyanyian Tegar jauh perlu kepada byk latihan dan kadang2 nyanyian agak kosong. Teknik byk perlu di baiki oleh anak muda ini dan lain bagi juara program realiti kanak-kanak di Malaysia semua di latih oleh seorang yg profesional dan berbakat. Jgn sia-siakan meraka kerana bakat luar yg di nampak tapi bakat anak sendiri di abaikan. Ubahlah......





1 comments:

Kedua-dua Peserta Wanita Tersingkir - Super Spontan 2013

Program lawak realiti yg menonjolkan bintang2 lawak tanah air kini telah sampai ke minggu ker 6. Hanya tinggal 5 peserta dari kumpulan Semut Sentap dan 5 peserta sahaja dari kumpulan Keta Konfius. Super Spontan semakin spontan dan semakin menghiburkan dengan telatah hebat daripada barisan pelawak hebat negara.

Namun minggu ini adalah minggu malang buat peserta kerana ada dua penyingkiran di lakukan sekali dalam satu hari rancangan. Di mana penyingkiran peserta wanita terakhir dalam program ini iaitu Nurkhairiah setelah kumpulan mereka gagal meraih mata juara minggu lepas. Begitu juga nasib Shuib apabila beliau juga turut tersingkir minggu ini apabila kumpulan mereka juga telah tewas dan di umumkan di singkir dari program ini.


Penyingkiran kali ini telah menyaksikan sekali lagi pelawak wanita terus tewas dalam program realiti lawak. Sebelum ini  juga dalam program Raja Lawak atau Maharaja Lawak juga semua kumpulan atau peserta wanita tersingkir awal. Adakah pelawak wanita tidak pandai berlawak atau kurang hebat daripada pelawak lelaki. Adakah akan ada generasi pewaris untuk pelawak wanita atau general lawak ini khas untuk kaum lelaki.

Harap program realiti lawak ini akan lebih menonjolkan peserta lawak wanita di masa hadapan untuk mencari pewaris pelawak wanita. Adakah kita akan lihat pelawak lelaki yg berpakaian wanita sahaja di masa depan dan tidak ada pelawak wanita yang tulin. Super Spontan adalah antara arena sesuai untuk menaikan pelawak wanita tetapi bila kita akan lihat itu semua. Saksikan Super Spontan setiap hari Jumaat jam 10.00mlm di Astro Warna dan Astro Mustika HD.





0 comments:

AFUNDI Tidak Adil Buat Bintang AF2013

Begitulah kehidupan dikala kita rasa disanjung kita akan berada di atas dan dikala kita jatuh kita akan di lupakan oleh semua. Resam dalam dunia nyata begitu juga dalam dunia program realiti. AF2013 telah  masuk minggu ke 4 dan telah pun betukar Inspirer baru datang dari tanah seberang. Melly Goeslaw adalah satu bintang yg cukup hebat dibawakan oleh Astro bagi bintang2 Akademi Fantasia 2013.

Namun satu penangan hebat buat Melly yg baru sahaja mengenali bintang AF2013 ini kerana terkejut dengan penyingkiran bintang berpotensi iaitu Nona. Nona anak kelahiran Sabah ini menjadi mangsa ke4 program realiti AF2013 apabila di singkirkan melalui AFUNDI. Adakah Nona tidak cukup peminat atau Nona punya persembahan paling teruk pada mlm itu.


Itulah nasib menimpa bakat2 hebat pelajar AF seperti mana pernah berlaku dahulu dalam AF2 apabila Zarina tersingkir awal walaupun bakat beliau ketika itu hebat. Serta belaku pada AF 6 & 7 penyingkiran yg tidak di sangkakan. Padahal mlm itu kita sendiri sebagai penonton dpt menilai persembahan sapa paling hamba sekali. Tapi itu adalah tuah AFUNDI kepada yg lemah kerana kuat pada penyokongnya.

Apa pun mungkin format AF2013 ini perlu di teliti semula kerana bakat2 hebat tidak lagi menjadi taruhan tetapi populariti menjadi ukuran mereka. Adakah akan tinggal mereka yg tidak mampu tampil hebat dalam AF lagi. Adakah tugas Melly akan lebih berat selepas ini untuk memastikan bahawa yg hebat terus kekal dan yg lemah akan di singkirkan. Jgn lupa untuk saksikan Akademi Fantasia 2013 setiap Ahad jam 9.00 mlm di Astro Ria.






0 comments: