Gugurnya Bunga Tanjung | Dunia Penuh Gosip

Gugurnya Bunga Tanjung

Dunia seni hari ni di kejutkan denga kehilangan Biduanita negara Dato Sharifah Aini atas pemergian beliau kerahmatullah akibat sakit jankitan kuman. Allahyarham meniggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada pukul 1.26pagi tadi. Jenazah Allahyarham telah di sembahyangkan di Masjid Al Taqwa TTDI dan telah di semadikan di tanah perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zuhur tadi.


Pemergian mengejut Dato Sharifah Aini adalah satu kehilangan paling bermakna dalam seni hiburan tanah air. Beliau pergi pada usia 61 tahun dan merupakan antara artis paling lama bertahan dan menghasilkan album. Nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album. Sharifah Aini menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006 atas jasa dan pengorbanan beliau terhadap bidang seni dan negara.

Alfatihah kita sedekahkan kepada Allahyarham agar roh beliau terus ditempatkan dalam golongan org2 yang beriman. Maka lepas ini hanya lagu menjadi kenangan kita kepada Allahyarham. Siapa pula selepas ini akan memangku gelaran Biduanita selepas Saloma dan Dato Sharifah Aini. Bukan gelan yg di cari tapi pengorbanan dan jasa kepada negara yg di pandang oleh rakyat.







0 comments: