LUCY Manipulasi Fikiran Manusia 100% - Ulasan Filem | Dunia Penuh Gosip

LUCY Manipulasi Fikiran Manusia 100% - Ulasan Filem

Mahagosip berkesempatan untuk menonton file LUCY di TGV One Utama. Terima kasih kepada ChurpChurp Malaysia kerana memberi tiket percuma untuk tayangan premium file ini. Bagi Mahagosip ia adalah filem yg penuh saintifik dan penuh pemikiran logikal akal manusia. Filem untuk tontonan 18 tahun keatas memang mencabar minda untuk di tonton. Sedikit sinopsis jalan cerita file LUCY.


"Lucy adalah seorang wanita berusia 25 tahun Amerika yang tinggal dan belajar di Taipei, Taiwan. Dia ditipu bekerja sebagai keldai dadah oleh teman lelaki barunya, yang majikannya adalah Korea bos bernama Encik Jang. Lucy menyampaikan beg bimbit kepada Encik Jang mengandungi dadah sangat berharga sintetik dipanggil CPH4. Dia ditangkap dan beg ubat itu secara paksa dijahit ke dalam perut dan yang tiga keldai dadah lain yang juga akan mengangkut dadah untuk jualan di Eropah. Semasa di dalam kurungan Lucy, telah ditendangan di perut, memecahkan beg, melepaskan sejumlah besar dadah ke dalam sistem badannya. Hasilnya, dia mula memperoleh semakin kuat dan meningkatkan keupayaan fizikal dan mental, telepati, telekinesis, perjalanan masa mental, dan dia boleh memilih untuk tidak merasa sakit atau ketidakselesaan lain, di samping kebolehan lain".


LUCY membariskan pelakon yang hebat dan juga mantap seperti Scarlett Johansson sebagai watak LUCY, Morgan Freeman sebagai Professor Norman, Choi Min-sik seabgai ketua gengster Mr Jang, Amr Waked sebagai pegawai polis, Julian Rhind-Tutt dan ramai lagi. Bagi Mahagosip ini adalah sebuah filem bagus dan membuka minda untuk berfikir. Anda boleh menonton filem ini bermula 21 Ogos 2014 dan masih lagi di tayangkan di seluruh pawagam utama negara. Dalam rangkin filem ini Mahagosip berikan 3 bintang. Filem ini juga dapat di tonton dalam 3D.




 

3 ulasan:

  1. ramai orang cakap filem Lucy tak best hahaha

    BalasPadam
  2. best bagi org yang minat teknologi/science..
    tak best bagi orang yang tak minat teknologi/science..

    BalasPadam
  3. ok la crita ni. unik. berbaloi tgk wayang.

    BalasPadam