Puteri Balqis Buktikan Usia Bukan Penghalang Merangkul Anugerah Utama ASK 2014 | Dunia Penuh Gosip

Puteri Balqis Buktikan Usia Bukan Penghalang Merangkul Anugerah Utama ASK 2014

Siapa sangka pada usia muda mampu untuk merangkul juara bagi Kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama. Itulah yg mampu di buktikan oleh Putri Balqis apabila beliau berjaya memenangi kategori itu mengalahkan pencalonan lain. Drama Matahari Terbit Lagi merangkul anugerah utama pada malam tersebut apabila di umumkan pemenang Drama Terbaik. Drama ini juga turut memenangi beberapa anugerah utama lain iaitu Pelakon Lelaki Terbaik Drama, Pegarah Drama Terbaik dan Lakon TV Terbaik.


Bagi kategori filem pula milik Datin Paduka Shuhaimi Baba melalui filem arahanya Tanda Putra. Filem ini juga membawa pulang 3 kategori lain yg menaikkan filem ini. Tidak kecewa juga apabila filem Psiko Pencuri Hati dan Lemak Kampung Santan merangkul beberapa anugerah utama juga.


Secara keseluruhan anugerah pada mlm tersebut tidak mengecewakan dan cukup lain daripada lain apabila menampilkan arahan daripada barisan pengarah2 yg hebat untuk persembahan teater. Ini sedikit sebanyak meningkatkan industri teater ke atas pentas anugerah besar seperi ASK 2014 ini. Persembahan arahan Erma Fatimah dan juga Adlin Aman Ramli memang cukup mantap dan penuh kekuatan tersendiri.

Senarai penuh pemenang kategori Drama
Pengarah Terbaik - Azeli Mohammad  (Matahari Terbit Lagi)
Pelakon Lelaki Terbaik - Anuar Chew Abdullah (Matahari Terbit Lagi)
Pelakon Wanita Terbaik - Puteri Balqis (Balqis)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Nabila Huda (Balqis)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik  - Namron (Balqis)
Lakon TV Terbaik - Eenaz Mokhtar (Matahari Terbit Lagi)
Drama Rantaian Terbaik - Ummi (Filmscape Production Sdn Bhd)
Drama Terbaik - Matahari Terbit Lagi (Al Hidayah Production Sdn Bhd)
Drama Komedi Terbaik - Nasi Ayam Duda (Cinematic Sdn Bhd)
Videografi Terbaik Drama - Mohammad b. Mohd Rameli (Matahari Terbit Lagi)

Senarai penuh pemenang kategori Filem
Filem Terbaik - Tanda Putera
Pengarah Terbaik Filem - Datuk Paduka Shuhaimi Baba (Tanda Putera)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)
Lakon Layar Terbaik Filem - Hans Isaac (Lemak Kampung Santan)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Zizan Nin (Tanda Putera)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Natasha Hudson (Lemak Kampung Santan)

Senarai penuh pemenang ketegori penerbitan dalaman
Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 28 (TV3)
Rancangan Realiti Terbaik – Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2 (TV3)
Rancangan Hiburan Terbaik – Rockestra (TV9)
Laporan Khas/ Berita Terbaik – Buletin Utama : Kuda Kelate (TV3)
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik – Dengan Basikal Aku Menjelajah : Cahaya Misteri Aurora Borealis (TV Al-Hijrah)
Rancangan Bual Bicara Terbaik – Malaysia Hari Ini : Misi Mencari MH 370 (TV3)

Senarai penuh pemenang ketegori teknikal
Videografi Terbaik - Self Made (8TV)
Suntingan Terbaik - Self Made (8TV)
Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung - Shout Award 2013 (8TV)
Penataan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung - The Ultimate Song : Grand Finale (8TV)
Rekabentuk Set Terbaik - Anugerah Juara Lagu 28 (TV3)
Montaj Terbaik - Anugerah Juara Lagu 28 (TV3)







0 comments: