Tahniah Dato Siti Nurhaliza Menang 3 Kategori Dalam AIM 21 | Dunia Penuh Gosip

Tahniah Dato Siti Nurhaliza Menang 3 Kategori Dalam AIM 21

Setelah lama nama Dato Siti Nurhaliza tidak di umumkan sebagai pemenang dalam AIM. Tapi tidak pernah kecewa akhirnya Dato Siti Nurhaliza mampu membuktikan bahawa usaha keras dan tanpa henti mampu membawa beliau kepada kemenang yg besar dalam AIM 21. Beliau telah memenangi 3 anugerah termasuk anugerah utama iaitu Album Terbaik AIM dan Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu.


Juga turut merangkul anugerah terbanyak pada malam AIM 21 adalah artis baru SonaOne. Beliau telah membukti lagu Inggeris juga mampu untuk merangkul Lagu Terbaik AIM. SonaOne melalu lagu No More berjaya memenangi anugerah tersebut dan seterusnya menjadi lagu Inggeris pertama menang bagi kategori tersebut. Selain itu juga SonaOne memenangi kategori Lagu Inggeris Terbaik dan Lagu Hip Hop Terbaik.

Senarai penuh pemenang AIM 21 seperti di bawah:-

Album Terbaik - Fragmen (Dato’ Siti Nurhaliza)

Lagu Terbaik - No More (SonaOne)

Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu - Akim Ahmad (Mewangi)

Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu - Datuk Siti Nurhaliza (Lebih Indah)

Vokal Terbaik Berkumpulan Dalam Lagu - Azhael (Hujung Waktu) 

Lagu Pop Terbaik - Alyah (Sesal Separuh Nyawa)

Lagu Hip Hop Terbaik - Joe Flizzow feat SonaOne (Apa Khabar)

Lagu Rock Terbaik - Bunkface feat Amy Search (Rentak Laguku)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - SonaOne (No More)

Lagu Pop Etnik Terbaik - Ihab Ismail (Akar Kita Zapin)

Lagu Nasyid Terbaik - Rindu Allah Sayang Allah (RASA) – Iwan Syahman ft. Iwan Junior

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara - Salahkah (Rossa ft. Hafiz) 

Artis Baru Terbaik - Poova

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - Mahligai Kayangan (Salamiah Hassan) 

Video Muzik Terbaik - Falling (Yuna)

Rakaman Album Terbaik - Konsert Lantera Timur (Datuk Siti Nurhaliza)

Kulit Album Terbaik - Stacy (#1)

Persembahan Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu - Nora ft. Mosyi, Alif & Puteri (Selamanya Bahagia)

Anugerah Sri Wirama AIM - Dato' Ramli Sarip

Namun tahun ini tiada penerima Anugerah Kembara seperti mana AIM sebelum2 ini. Adakah kerana tiada artis kita yg berjaya di luar negara dan tidak mampu membawa nama Malaysia lebih jauh dalam dunia muzik ini. Apa pun AIM 21 adalah yg sederhana tapi menarik dengan pengacara kelakar dan persembahan yg mantop dari barisan artis2 seperti Dayang Nurfaizah, Akim, MOJO dan juga penyanyi dangdut popular satu masa dulu.






1 ulasan:

  1. Bukan lama nama dato siti nurhaliza x di umum sebagai pemenang ya, x sampai 10 tahun pun.

    BalasPadam