Archive for Februari 2014

Corat Coret Anugerah Meletop ERA 2014

Beberapa perkara yg sempat di saksikan sepanjang Anugerah Meletop ERA yang telah berlangsung pada hari sabtu yang lepas. Semua barisan pemenang telah di umumkan dengan Zizan yang berjaya membawa pulang 4 anugerah termasuk anugerah utama. Saksikan corat coret yang sempat di komenkan di sini.

1) Pada acara pembukaan penonton di sajikan dengan bahagian buntut Neelofa yang paling jelas ketara dalam aksi beliau turun daripada atas dengan tali pengikat pinggang dan juga baju yg licin seperti baju renang.


2) Neelofa dilihat lebih menyerlah dengan baju seperti baju renang tapi adakah itu fesyen daripada designer atau baju tangkap muat sahaja. Namun Neelofa bertindak dengan berdiam diri daripada menjawab tentang isu ini.

3) Persembahan pembukaan kareografi daripada Alam Wakaka dengan baju LED di lihat meniru persembahan peserta America's Got Talent 2012 yg lalu.

4) Zizan dan Hafiz adalah antara artis yg tidak mengikut kehendak AME untuk hanya berucap 5 patah perkataan sahaja setelah di umumkan pemenang.

5) Hafiz mencatat rekod apabila buat pertama kali menaiki pentas untuk tiga anugerah berturut yang di menanginya iaitu Duo Berkumpulan Meletop, Lagu Meletop dan Penyanyi Meletop.

6) Buat pertama kali penampilan Najwa Latif dengan single terbaru beliau 'Hilang' yg begitu lain daripada biasa dengan konsep beliau sebelum ini.

7) Zara Zya di umumkan sebagai pemenang Anugerah Artis Baru Meletop dan juga Artis Top Top Meletop Wanita tetapi drama lakonan beliau LYMA tidak berjaya merangkul anugerah Program TV Meletop.

8) Persembahan Waris pada lagu penutup dilihat termengah-mengah kerana mungkin kepenatan akibat terlalu meloncat-loncat.

9) Anugerah Meletop ERA berjaya menjadi tranding world wide selama 2 jam apabila penonton menggunakan twitter #Meletop pada malam itu

10) Pada keseluruhan menyaksikan Zizan merangkul 4 anugerah, Hafiz 3 anugerah, Nabil 2 Anugerah dan Zara Zya 2 Anugerah.











0 comments:

Zizan Razak Dan Zara Zya Masing2 Top Top Meletop Dalam AME 2014

Anugerah Meletop ERA yg telah belansung semalam menyaksikan 17 anugerah di sampaikan pada mlm yg penuh gilang gemilang itu. Semua pemenang adalah undian daripada penonton dan peminat artis kegemaran mereka. Paling byk merangkul anugerah pastinya pengacara dan pelawak popular Zizan Razak apabila berjaya memenangi 4 kategori iaitu Artis Top Top Meletop Lelaki, Fesyen Meletop, Bintang Cyber Meletop dan Anugerah Wechat Meletop.


Manakala bagai Anugerah Top Top Meletop Wanita pula di menangi oleh Zara Zya pelakon baru yg tercalon melalui drama meletop nya iaitu Love You Mr Arrogant. Namun sedih drama ini gagal untuk memenangi kategori Program TV Meletop. Selain itu juga Zara Zya berjaya merangkun Anugerah Artis Baru Meletop. Selain daripada itu artis yg byk juga membawa pulang anugerah pada mlm tersebut adalah Hafiz yg berjaya merangkul 3 anugerah dan juga Nabil Ahmad 2 anugerah.


Senarai penuh pemenang Anugerah Meletop ERA :-

Anugerah Top Top Meletop (Lelaki) – Zizan Razak
Anugerah Top Top Meletop (Wanita) – Zara Zya
Anugerah Fesyen Meletop – Zizan Razak
Anugerah Couple Meletop – Nabil Ahmad & Nazira
Anugerah Bintang Siber Meletop – Zizan Razak
Anugerah Artis Baru Meletop – Zara Zya
Anugerah Program Radio Meletop – Johara Pagi Era
Anugerah Penyampai Baru Radio Meletop – Nabil Ahmad
Anugerah Group / Duo Meletop – Hafiz dan Dato Siti Nurhaliza
Anugerah Penyanyi Meletop – Hafiz
Anugerah Lagu Meletop – Bahagiamu Deritaku (Hafiz)
Anugerah Program TV Meletop – Maharaja Lawak Mega 2012
Anugerah Bintang TV Meletop – Jep Sepahtu (Super Spontan)
Anugerah Bintang Filem Meletop – Aaron Aziz (KL Gangster 2)
Anugerah Filem Meletop – KL Gangster 2
Anugerah Artis Serantau Meletop – Sleeq
Anugerah WeChat Meletop – Zizan Razak

Tahniah kepada semua yang menang dan juga tahniah kepada Astro berjaya membawa satu lagi koleksi anugerah kepada pengiat seni tanah air. Program ini akan menaikkan semangat mereka untuk terus berkarya dan bukan untuk di megah-megah. Nantikan pula kehangatan anugerah seterusnya iaitu ABPBH 2014.



 


0 comments:

Bocey Naikkan Nama Walaupun Tewas Dengan Sephatu Dalam MLM 2013

Sebelum ini kita tidak kenal siapa itu Bocey? Adakah ia kumpulan nyanyian atau juga kumpulan boleh sepak. Tetapi Bocey kini telah pun ramai yg kenali dengan berjaya menjadi tranding di Twitter pada malam Maharaja Lawak Mega 2013 yg telah belangsung semalam. Kumpulan yg di gelar underdog ini sebelum ini kurang di yakini oleh juri tetap untuk berjaya ke peringkat akhir. Tapi Bocey tidak pernah kecil hati malah dari minggu ke minggu menaikkan namanya di dalam Maharaja Lawak Malaysia 2013.


Semalam Sephatu di nobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013 di malam akhir yang berlangsung secara langsung di Stadium Melawati Shah Alam. Ia di tayangkan secara langsung di Astro Warna dan menjadikan mlm paling meriah sepanjang minggu Maharaja Lawak Mega 2013. Tempat kedua pula menjadi milik Shiro yg juga memberi saingan hebat kepada Sephatu. Manakala Bocey melonjak ke tempat ke 3 dan berjaya membawa pulang wang tunai RM150,000 dan juga trofi sumbangan Astro.

Kedudukan Jambu di tempat ke empat dan juga Nabil di tempat kelima yg masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM15,000 bersama trofi masing2. Persembahan kesemua peserta tidak mengecewakan kerana mereka mempersembahkan 2 tema iaitu bebas dan juga muzikal. Malam itu juga kelihatan Luna Maya sebagai juri tetap selapas di palit dengan isu lawak Nabil yang menhina beliau. Namun isu ini sudah selesa selepas Nabil memohon maaf kepada Luna Maya atas lawaknya tersebut.

Apa pun lepas ni akan ada lagi program School Of Lawak yg bakal melahirkan lebih ramai pelawak2 hebat seperti Sephatu, Jozan dan ramai lagi. Nantikan SOL yg akan belangsung di Astro Warna dan apa pula tema mereka kali ini untuk memastikan bahawa dapat melahirkan lebih hebat pelawak2 yg berkualiti. 








0 comments:

Tonton Music Library Music Terbaru Dari Media Prima

Sebelum ini kita selalu dgr tonton.com.my dan kini tonton telah mempunyai cabang barunya tersendiri iaitu Tonton Music. Ini adalah satu lagi portal persediaan Media Prima untuk mempelbagaikan cabang hiburan tanah air bukan sahaja tv dan radio malah melalui media internet paling besar dan meluas. Portal Tonton Music mula di perkenalkan selepas sahaja majlis Anugerah Juara Lagu ke 28 kepada umum.


Menyediakan music penghibur halwa telinga Tonton Music bakan menyediakan platform baru kepada industri untuk memperkenalkan music mereka kepada pendengar. Tonton Music buat permulaan menyediakan lagu2 yg di persembahkan di Anugerah Juara Lagu yg lepas untuk mereka dengari sekali lagi kehebatan persembahan artis2 tanah air. Portal ini akan di perkembangkan lagi dari hari ke hari untuk lebih byk music yg boleh di jadikan sebuah library kepada pendengar di Malaysia.

Ia adalah portal percuma kepada semua peringkat usia untuk mendengar dan juga mencari lagu2 pilihan mereka. Tonton Music boleh di dengar secara online dengan melayari www.tontonmusic.com.my dimana- mana sahaja peranti selagi ia mempunyai internet access. Perkembangan bagu ini menjadikan lagi industri music tempatan lebih selamat dan di lindungi daripada pencetak rompak di luar sana. Tahniah untuk Media Prima sekali lagi atas usaha ini.







0 comments: