Archive for November 2014

Sinbad : Dendam Ratu Kala Siri Semarak Bangsawan 2014

Teater bangsawan Malaysia terus maju dan berkembang dengan jaya dan mendapat perhatian di hati peminat teater di Malaysia. JKKN terus membawa teater ke peringkat seterusnya melalui program Siri Semarak Bangsawan 2014. Baru2 ini persembahan teater bangsawan Sinbad telah di tayangkan di Auditorium DBKL Jalan Raja Laut. Mendapat sambutan yg luar biasa dan tepukan gemuruh daripada penonton.


Sebelum ini JKKN bersama DBKL telah menganjurkan teater bangsawan Merong Mahawangsa. Kalau na ketahui lanjut tentang teater tersebut boleh baca di sini. Ia merupakan rentetan dalam program menyemarakkan teater kepada rakyat bagi tahun 2014. Sinbad adalah teater arahan Rosnan Nordin dan di barisi artis2 dari Grand Opera JKKN.


Di sini sedikit sinopsis tentang jalan cerita teater Sinbad : Dendam Ratu Kala. Kalau baca sinopsis ini anda sendiri dapat bayang tentang babak yg di lakonkan.

"Setelah kematian Ratu Sheeba, Ratu Kala ingin membalas dendam di atas kematian anaknya. Dia menculik Puteri Jasmin sebagai terbusan. Sinbad hilang punca arah di mana kedudukan Kerajaan Ratu Kala di Alam Hitam, dia memulakan pelayaran dan berjanji jika tidak kembali dalam sepurnama, ayahanda saudara Jasmin iaitu Jaafar akan menjadi Sultan.


Sinbad meminta pertolongan tiga setan Ratu Sheeba yg mengetahui kedudukan Kerajaan Ratu Kala. Bagi memujuk setan bertiga itu, dayang-dayang digunakan sebagai pengatara. Sementara itu Puteri Jasmin telah di tukar sifatnya menjadi Sheeba oleh Ratu Kala dan pelayaran Sinbad terhalang dengan kuasa sihir.


Setelah selamat mendarat di Alam Sihir, Puteri Jasmin yang menjadi Sheeba diarah membunuh Sinbad. Dengan menggunakan batu permata dewa, Puteri Jasmin dipulihkan dan dengan bantuan setan-setan bertiga, Sinbad dapat membunuh Ratu Kala denga tongkat sihir kala. 

 


Sementara itu Jaafar berangan-angan ingin memerintah Kerajaan Sinbad tetapi malangnya Sinbad sampai tepat pada waktunya dan terbocor rahsia Jaafar bersengkokol dengan Ratu Kala."

 


Teater ini sungguh menarik kerana bukan sahaja barisan pelakon dan cara lakonan yang berkesan tetapi juga penggunaan teknologi tinggi serta pentas yg di realisasikan dengan sekaran real. Ia sungguh memberangsangkan dan memberi kekuatan kepad satu-satu pementasan teater. 


Kepada anda yg berminat untuk menonton teater ini boleh layari laman sesawang www.jkkn.gov.my dan laman facebook JKKN. Masih ada lagi persembahan teater untuk masa akan datang yg lagi menarik dan seronok. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada Destination Malaysia kerana menjemput Mahagosip untuk menonton teater ini.










0 comments:

Puteri Balqis Buktikan Usia Bukan Penghalang Merangkul Anugerah Utama ASK 2014

Siapa sangka pada usia muda mampu untuk merangkul juara bagi Kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama. Itulah yg mampu di buktikan oleh Putri Balqis apabila beliau berjaya memenangi kategori itu mengalahkan pencalonan lain. Drama Matahari Terbit Lagi merangkul anugerah utama pada malam tersebut apabila di umumkan pemenang Drama Terbaik. Drama ini juga turut memenangi beberapa anugerah utama lain iaitu Pelakon Lelaki Terbaik Drama, Pegarah Drama Terbaik dan Lakon TV Terbaik.


Bagi kategori filem pula milik Datin Paduka Shuhaimi Baba melalui filem arahanya Tanda Putra. Filem ini juga membawa pulang 3 kategori lain yg menaikkan filem ini. Tidak kecewa juga apabila filem Psiko Pencuri Hati dan Lemak Kampung Santan merangkul beberapa anugerah utama juga.


Secara keseluruhan anugerah pada mlm tersebut tidak mengecewakan dan cukup lain daripada lain apabila menampilkan arahan daripada barisan pengarah2 yg hebat untuk persembahan teater. Ini sedikit sebanyak meningkatkan industri teater ke atas pentas anugerah besar seperi ASK 2014 ini. Persembahan arahan Erma Fatimah dan juga Adlin Aman Ramli memang cukup mantap dan penuh kekuatan tersendiri.

Senarai penuh pemenang kategori Drama
Pengarah Terbaik - Azeli Mohammad  (Matahari Terbit Lagi)
Pelakon Lelaki Terbaik - Anuar Chew Abdullah (Matahari Terbit Lagi)
Pelakon Wanita Terbaik - Puteri Balqis (Balqis)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Nabila Huda (Balqis)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik  - Namron (Balqis)
Lakon TV Terbaik - Eenaz Mokhtar (Matahari Terbit Lagi)
Drama Rantaian Terbaik - Ummi (Filmscape Production Sdn Bhd)
Drama Terbaik - Matahari Terbit Lagi (Al Hidayah Production Sdn Bhd)
Drama Komedi Terbaik - Nasi Ayam Duda (Cinematic Sdn Bhd)
Videografi Terbaik Drama - Mohammad b. Mohd Rameli (Matahari Terbit Lagi)

Senarai penuh pemenang kategori Filem
Filem Terbaik - Tanda Putera
Pengarah Terbaik Filem - Datuk Paduka Shuhaimi Baba (Tanda Putera)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)
Lakon Layar Terbaik Filem - Hans Isaac (Lemak Kampung Santan)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Zizan Nin (Tanda Putera)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Natasha Hudson (Lemak Kampung Santan)

Senarai penuh pemenang ketegori penerbitan dalaman
Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 28 (TV3)
Rancangan Realiti Terbaik – Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2 (TV3)
Rancangan Hiburan Terbaik – Rockestra (TV9)
Laporan Khas/ Berita Terbaik – Buletin Utama : Kuda Kelate (TV3)
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik – Dengan Basikal Aku Menjelajah : Cahaya Misteri Aurora Borealis (TV Al-Hijrah)
Rancangan Bual Bicara Terbaik – Malaysia Hari Ini : Misi Mencari MH 370 (TV3)

Senarai penuh pemenang ketegori teknikal
Videografi Terbaik - Self Made (8TV)
Suntingan Terbaik - Self Made (8TV)
Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung - Shout Award 2013 (8TV)
Penataan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung - The Ultimate Song : Grand Finale (8TV)
Rekabentuk Set Terbaik - Anugerah Juara Lagu 28 (TV3)
Montaj Terbaik - Anugerah Juara Lagu 28 (TV3)







0 comments:

Kecomelan Anak Perempuan Che Ta Dan Zain Membuat Ramai Dengki

Kini Zain telah begelar bapa setelah menunggu 9 bulan menanti saat yg begitu makna buat beliau apabila Rozita Che Wan telah selamat melahirkan anak perempuan mereka. Ramai org begitu teruja dengan kecomelan anak mereka yg seiras rupa Zain dan hudung Che Ta. Proses kelahiran ini telah bejalan lancar di Hospital Ampang Putri yg telah di taja sepenuhnya.


Itulah kesusahan dan kepayahan yg di lalui oleh pasangan ini apabila mereka menerima tajaan penuh oleh pihak hospital tersebut. Mula ramai org mengkritik dan menghina bukan sahaja pasangan ini malah pihak hospital. Itu dah biasa rakyat Malaysia kritikan dan dengkia dah jadi asam garam dalam hidup terutama pemilik media social.



Tidak habis di situ lagi malah lepas sahaja pasangan ini selamat menerima cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup selepas berumah tangga lebih dasyat. Ramai yg post gambar kecomelan anak Che Ta dan Zain ini tapi ramai juga yg mengkritik. Kata tidak boleh untuk post gambar anak yg di bawah 40 hari kerana akan membawa nasib tidak baik kepada anak tersebut. Ada juga tidak kurang yg dengki akan kecomelan anak mereka sehingga ada yg mengata dan memburukkan anak pasangan ini.



Apa pun yg di lalui mereka terus tabah dan terus akan bersama2 membesarkan anak ini sehingga berjaya. Namun Che Ta dan Zain masih tiada nama lagi buat anak mereka ini dah masih mencari nama2 sesuai. Cuba kita bagi cadangan nama baik2 buat anak pasangan ini agar terus membesar dengan sihat dan terus gembira. Tahniah buat pasangan ini kami ucapkan moga terus kekal hingga ke Jannah. 







0 comments:

Filem KIL Terus Membunuh di FFM 26

Tahniah besar kepada filem KIL di nobatkan sebagai filem terbaik FFM 26 yg telah berlangsung baru2 ini. Selain menang filem terbaik KIL juga membawa pulang beberapa lagi kategori besar yg menaikan filem ini. Antara ketegori lain tersebut adalah Pelakon Harapan Wanita, Anugerah Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik dan Poster Terbaik.


Selain tu juga filem Tanda Putra juga membawa banyak anugerah pada malam tersebut. Tahniah kepada pelakon utamanya Rusdi Ramli berjaya merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, manakala Pereka Kostum/Busana Terbaik juga di menangi bersama dengan Skor Muzik Asal Terbaik. Saksikan senarai pemenang penuh pada malam FFM 26 baru2 ini.


PEMENANG KATEGORI UTAMA FFM26
Filem Box Office FFM 26 - Filem Husin, Mon & Jin Pakai Toncit
Filem Terbaik - Filem KIL : Primeworks Studios 
Pengarah Terbaik - Nik Amir Mustapha : KIL
Pelakon Wanita Terbaik - Lisa Surihani : Istanbul Aku Datang
Pelakon Lelaki Terbaik - Rusdi Ramli : Tanda Putera
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Datin Paduka Ummie Aida : Sembunyi Amukan Azazil
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Dato' Rosyam Nor : KL Gangster 2
Filem Bukan Berbahasa Melayu Terbaik - Filem Paper Moon
Anugerah Kesan Khas - Tanda Putera
Pelakon Harapan Wanita - Christina Suzanne : KIL
Pelakon Harapan Lelaki - Zul Ariffin ; Penanggal
Karyawan Sepanjang Zaman Wanita - Datin Rosnani Jamil
Karyawan Sepanjang Zaman Lelaki - Dato' Hj. Rahim Razali
Penyunting Terbaik - Syamsul Yusof & Hisham Jupri  : KL Gangster 2
Lakon Layar Terbaik - Nik Amir Mustapha : KIL
Sinematografi Terbaik - Raja Mukhriz : Penanggal
Cerita Asal Terbaik - Mamat Khalid : Rock Oo

SENARAI PEMENANG KETEGORI TEKNIKAL FFM26
Poster Terbaik - KIL
Pereka Kostum/Busana Terbaik - Tanda Putera
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Rykarl Iskandar: Ajiboy
Lagu Tema Terbaik - Istanbul Aku Datang
Penataan Bunyi Terbaik - KL Gangster 2
Penataan Seni Terbaik - Penanggal
Pengarah Harapan - Ellie Suriaty : Penanggal
Filem Pendek Terbaik - Reservoir Production
Skor Muzik Asal Terbaik - Tanda Putera (pemenang)
Penggiat Belakang Tabir - Encik Ali Hussein (Ali Kong)
Filem Animasi Terbaik - Juri memutuskan tiada pemenang dalam kategori ini






0 comments:

R2Rick DJ, Singer, Composer dan Emcee

Memperkenalkan R2Rick adalah Penyanyi / Komposer Baru Malaysia yang baru saja melancarkan jenama single terbarunya - "Stay Tonight" dari "Right Time EP" di bawah label EDM antarabangsa - Semitrance Records. Sebelum ini, R2Rick mengeluarkan 1 single lain iaitu "Pow Pow" yang sudah dimuatnaik di iTunes dan dalam talian yang paling utama kedai-kedai rekod. 


Saat ini sedang dalam proses menyelesaikan lagi 3 buah lagu sebelum akhir tahun ini. Semua lagu-lagu yang asalnya dinyanyikan dan dihasilkan oleh R2Rick dan sebagian besar rakaman studio dilakukan di Ark Studio, Taman Tun, Kuala Lumpur dan Pulse Soundworks di Subang Jaya


Jenis muzik ditampilkan di EP adalah pop dance dan E dengan sentuhan pengaruh kontemporer dan barat. Setakat ini, R2Rick telah melakukan beberapa persembahan dan wawancara dan telah bermain radio lagu-lagunya pada Traxxfm (RTM). Selain itu, beliau telah mengeluarkan 2 Muzik Video ini bertajuk 'Pow Pow & The Right Time' yang boleh didapati di YouTube.


Maklumat lanjut boleh berhubung dengan beliau melalui laman social seperti tertera.




0 comments:

Cuti Sekolah Lebih Seronok Dengan ChiChi & ChaCha di Astro Ceria

Kini cuti sekolah bakal tiba buat adik2 dan pasti ia adalah hari2 yg di nantikan. Tambahan pula ibubapa juga tidak melepaskan peluang untuk bersama dengan adik2 bercuti. Tapi pada yg merancang bercuti di rumah atau di kampung kini anda boleh menceriakan dan memeriahkan musim cuti sekolah adik2 dengan ChiChi & ChaCha


Satu program TV berkongsepkan 3D Edutainment yg mana ia menggabungkan education dan entertaiment. Dimana education di dalam program ini adalah pengisian pelajaran dan kisah nasihat berguna buat adik2 manakala entertaiment pula adalah unsur2 nyanyian daripada barisan 5 org pengacara yg popular. ChiChi & ChaCha adalah gabungan watak animasi kartun dan juga pengacara realiti agar lebih menghiburkan.  


Jom berkenalan dengan barisan watak animasi yg menceriakan program ChiChi & ChaCha. Terdiri daripada ChiChi, ChaCha, Atan dan Hujan.


ChiChi 
Sekor Harimau yang penuh kasih sayang dan sifat kepimpinan dalam kalangan hidupan hutan dan penuh berwibawa serta pelindung kepada kawan2 mereka.

ChaCha
Sekor Harimau yg lebih manja dan juga berbakat dalam dunia seni lukisan dan suka berkongsi kisah menarik mereka dalam buku harian mereka.

Atan
Sekor Monyet yang pintar dan suka berekperimen dan suka kepada ilmu pengetahuan, teknologi dan kajian yg mencabar.

Hujan
Seorang kanak-kanak yg seakan doktor hutan yg minat dalam bidang perubatan dan banyak memberi sumbangan kepada rakan2nya.

Bagitu menarik sekali watak2 dalam program ChiChi & ChaCha dan mereka menceriakan anda dengan kisah dan jalan cerita yg penuuh dengan pedoman dan nyanyian ceria. Setiap minggu pasti ada sahaja kisah yg diceritakan sesuai untuk adik2 menonton. Program ini juga di ramaikan lagi dengan 5 org pengacara yg lebih petah dan ceria. 5 org pengacara tersebut ialah Afeiq, Farisha, Leen, Sweet dan Harris. Mereka semua ini bukan sahaja pandai menyanyi malah pandai menari huhuhu.


Waktu Tayangan dan Saluran


Kemeriahan program ChiChi & ChaCha di teruskan dengan pencarian bintang bagi program ini. Adik2 mahu menjadi bintang dalam ChiChi & ChaCha seperti Afeiq atau Farisha atau Leen atau Sweet dan Harris? Ini adalah peluang adik2 pencarian bintang seperti mereka bermula, kerjasama antara proPassion, Taylor’s University’s student PR dengan Kyanite TV dan Big Fish Media membuka peluang adik2 mencapai kejayaan dalam bidang pengacaraan.


Pencarian yg di panggil "Be The Next ChiChi & ChaCha Star" telah bermula sekarang. Adik2 yang berusia 6 hingga 18 tahun jgn lepaskan peluang ini. Adik2 yg berbakat di jemput menyertai pencarian ini dengan menghantar video bakat adik2 kepada penganjur. Mudah sahaja hanya ikut beberapa langkah seperti di bawah ini adik2 bakal menjadi bintang.

Cara penyertaan muda sahaja seperti di bawah:-

1) Daftar di - http://goo.gl/forms/YlQy3bx5VC
2) Ambil video bakat anda dalam masa kurang daripada 15 saat pada Instagram (menyanyi, menari atau perbuatan) kemudian berkongsi di akaun Facebook anda.
3) Laung "Saya nak jadi Bintang ChiChi & ChaCha" dalam video adik2.
4) Tag salah satu pengacara kegemaran anda (@afeiq, @farisha_iris, @jazashazleen, @harrisalif, atau @fqisminaa) dan @chichidanchacha


30 penyertaan dari video yg terpilih akan dijemput untuk pusingan cabaran pada 15 November di mana adik2 akan diberikan 90 saat untuk mempamerkan bakat adik2. Dari ujibakat pertama Top 10 akan dipilih untuk dilanjutkan ke Grand Final pada 16 November. Adik2 akan diuji berdasarkan 3P - Prestasi, Potensi dan Personaliti. Semua peserta akhir akan diberikan maksimum 4 minit untuk mempamerkan bakat dan tarian anda untuk lagu CC2


 

Maklumat acara separuh akhir dan akhir
Lokasi : The Main Place, USJ 21
Tarikh : 15 & 16 November 2014
Masa :  10.00 pagi - 5.00 ptg

Adik2 yg berjaya akan menerima hadiah istimewa daripada ChiChi & ChaCha iaitu wang tunai RM1000.00, penampilan khas dalam program ChiChi & ChaCha di YouTube serta tour bersama ChiChi & ChaCha pada tahun 2015. Adik2 juga berpeluang untuk berlatih menari dan belakon dengan pengacara ChiChi & ChaCha wow best kan menarik.


Adik2 jgn lepaskan menonton program ChiChi & ChaCha exclusive di Astro Ceria dan jgn lupa untuk sertai pencarian bintang ChiChi & ChaCha masih di buka lagi. Layari laman web mereka www.chichiandchacha.com untuk dapatkan maklumat, biodata pengacara, watak2 kartun, video2 menarik dan mcm2 lagi. Selamat menonton semua ok bye......








0 comments: