Archive for Disember 2014

Selfie Paling Bodoh Artis Malaysia

Kalau itu lah tajuk utama akhbar hari ini memang akan laris dan viral lah surat khabar tersebut. Jualan pasti jadi rangking tinggi sangat pada hari tu. Silap2 pihak akhbar kena minta maaf kepada barisan artis2 kat Malaysia ni. Kebetulan pula akhbar hari ni keluarkan tajuk "Selfie Paling Bodoh" yg di lakukan oleh org seluruh dunia. Tu lah kesan dan akibat terlalu taksub kepada selfie, semua tempat nak di selfienya.


Bukan sahaja org biasa tapi golongan2 Menteri, VIP dan juga artis turut tidak lari daripada tempias penyakit selfie. Kat sini bukan nak nyatakan antara selfie paling bodoh artis Malaysia tapi antara beberapa selfie artis Malaysia yg di kritik hebat oleh pembaca.


Kritikan ini di lakukan kerana kebanyakan mereka selfie tidak begitu kena pada sesetengah tempat. Org kata nak bergambar tak salah tapi kena tgk pada keadaan. Kat sini antara beberapa gambar selfie artis Malaysia yg di kecam hebat sepanjang tahun 2014.

Azwan Ali berselfie ketika Hari Berkabung mangsa MH17


Gambar ini di ambil oleh artis tersebut di Dataran Merdeka beresempena dengan hari berkabung rakyat Malaysia atas nahas MH17 yg di tembah jatuh. Menurut Azwan selfie di ambil bukan bertujuan untuk bersuka ria tapi menunjukan rasa sedih dan simpati beliau pada semua mangsa. Gambar ini juga turut dapat kritikan hebat daripada golongan artis terutama Sharnaz Ahmad.

Farish Aziz selfie di tanah perkuburan


Tujuan artis ini adalah untuk berkongsi kesedihan dan juga sambutan Hari Raya bersama keluarga di kampung dengan menziarahi tanah perkuburan. Namun ia bukanlah perkara yg sepatutnya di lakukan di kawasan perkuburan sehinggakan ustaz juga mengeluarkan kenyataan bahawa selfie di tanah perkuburan adalah tidak di benarkan. Farish juga telah memohon maaf atas kekilafan beliau dalam isu sensetif ini.

Selfie Che Ta dan Zain ketida beradu di kamar


Gambar ini juga turut mendapat kritikan hebat daripada ramai peminat dan juga rakyat Malaysia. Gambar Zain tidak berpakaian baring bersama Che Ta atas kamar dengan susunan bunga ros bentuk love menunjukkan keromantikan mereka berbulan madu. Tapi ia di salah tafsir oleh ramai pihak kerana seolah-olah menunjuk akan sikap keterbukaan mereka yg tidak boleh di terima oleh rakyat Malaysia. 

Gambar selfie Fizo Omar membantu mangsa banjir


Gambar ini masih baru dan masih lagi segar kerana keadaan mangsa banjir masih tidak lagi reda. Tetapi isu ini telah bangkit dan mendapat kritikan hebat dari ramai yg tidak begitu senang dengan tindakan artis ini. Niat Fizo Omar adalah untuk berkongsi keadaan banjir yg melanda kg beliau Kelantan baru2 ini. Tapi tafsiran org ramai ianya seolah-olah menunjukkan bahawa Fizo sekadar untuk bergembira dan menunjuk-nunjuk datang membantu mangsa banjir di sana. Apa pun kita kena sama2 membantu mengsa banjir yg sekarang masih teruk di beberapa buah negeri Pantai Timur tanah air. 

Sharifah Shakinah artis ratu kontroversi selfie


Sapa tak kenal artis yg tiba2 melanjak naik nama dalam dunia seni ini selepas video keek yg di muaturun di Instagram beliau mendapat kritikan hebat. Video berdurasi 15saat tu menceritakan tentang pakaian dalam merah yg beliau pakai ketika itu, mendapat kritikan hebat dan cemuhan dari ramai peminat dunia seni tanah air. Namun tidak habis di situ artis ini juga turut suka memuat naik gambar selfie beliau dengan pakaian suka dan ada kalanya menunjukkan perut beliau yg ramping sebagai motivasi kepada peminat luar sana untuk terus menjad kesihatan dan bersenam di pusat fitness.

Nora Danish ratu selfie


Artis yg pertama mencapai jumlah follower 1juta di laman Instagram ini boleh di gelar sebagai ratu selfie. Ini kerana begitu banyak gambar selfie beliau di muat naik dalam dalam instagram beliau. Setaka ini jumlah gambar yg di muat naik di laman Instagram beliau sebanyak 8932 keping gambar. Apa pun beliau kadang2 juga turut di tempias dengan kritikan kerana gambar bemesra dengan seorang yg selalu ada dalam gambar di Instagram beliau. Siapakah dia anda pasti tahu.....














1 comments:

Suara Rakyat Di Utamakan AMBANG 2015 di Batalkan Hormati Mangsa Banjir

Alhamdulillah bila dpt dgr berita sebegini rupa setelah seluruh rakyat Malaysia berduka dan bersimpati dengan nasib mereka yg berada di negeri di landa banjir. Dalam laman facebook rasmi Majlis Perbandanan Putrajaya mengeluarkan kenyataan hasil persetujuan bersama penganjur AmBank Malaysia. Ini melambangkan kita rakya Malaysia adalah rakyat yg cukup prihatin dan saling bantu membantu antara satu sama lain.


Artis turut bersimpati dengan mangsa banjir

Kalau di lihat juga golongan berpengaruh seperti barisan artis2 Malaysia juga menggunakan kesempatan ini untuk membantu rakyat Malaysia yg dalam kesusahan menghadapi banjir. Keadaan makin teruk ini mengajak beberapa org artis berkongsi penderitaan dan menyeru rakyat Malaysia membantu mangsa banjir.


Antara artis yg lantang bersuara untuk memohon bantuan adalah seperti Dato Aznil Haji Nawawi dalam twitter beliau. Dato Aznil menyeru untuk semua rakyat bersatu dalam mengurangkan beban mereka yg di landa banjir. 


Begitu juga Aaron Aziz walaupun bukan rakyat Malaysia tapi keperihatinan beliau sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir. Aaron Aziz dengan peminat telah menubuhkan tabung untuk mengutip derma membantu mangsa banjir dalam laman Instagramnya.



Tidak kurang Awaal Ashaari dalam laman facebook menggesa semua rakyat menghulur bantuan kepada mengsa banjir. Keperihatinan itu juga di nyatakan oleh pelakon yg berasal dari negeri Terangganu iaitu Emma Maembong dalam laman Instagram mendoakan kesejahteraan penduduk yg di landa banjir.








0 comments:

Datuk Rosyam Nor Mengamuk Di Twitter

Isu sebergini sepatutnya dah tak ada kat negara yg maju, tapi mungkin ada sesetengah pihak yg mengeruhkan keadaan yg ada. Tapi apa pun kita sebagai rakyat Malaysia jgn cepat menghukum atau mengambil tindakan yg tidak sepatutnya. Tapi tindakan company ini agak keterlaluan kalau betul namun ia terjadi kepada anak seorang artis ini dan bila di post kat twitter makin tersebar meluas.


Tak tahu lak kalau sebelum ini pernah berlaku tapi sebab tak di sebarkan di laman social atau mungkin yg kena tu bukan anak artis popular kat Malaysia. Jadi tak jadi isu lah kot. Apa pun tindakan Datuk Rosyam Nor memuat turun status di twitter pada 18 Disember 2014 berbunyi seakan kecewa dengan tindakan sebuah company barang mainan ini. Perkara itu pula berlakau kepada anak perempuannya sendiri. 

Status artis yg pernah menang Anugerah Bintang Paling Popular ini berbunyi begini..

"Sedih, hari ini anak saya yg baru habis SPM gi mintak kerja nak isi masa terluang TAPI syarat kena bukak tudung. Kedai H*****'s!!! Kurang Ajar"


Manakal dalam tweet kedua pula berbunyi bergini. 

"Kedai tu kat One Utama. ingat nama H*****'s jgn masuk k"


Kemudian tgk status kat FB syarikat tersebut juga telah update tentang rungutan ini. Mereka meminta semua org untuk bersabar tentang perkara sebergini dan memberi peluang kepada company ini untuk menyiasat isu ini lebih detail. Tapi biasalah bila dah tersebat kat laman sosial baru nak ambil tindakan, masa buat tak fikir.


Apa pun kita terus besabar dan terus pertahankan kekuatan kita semoga tiada lagi perkara sebergini menjadi duri dalam kehidupan kita rakyat Malaysia yg berbilang kaum dan agama. Kita bukan nak cari salah sapa2 tapi kalau betul perkara ini berlaku kita kena betulkan jgn sampai ia merosakkan keamanan yg kita kecapi sekarang. Kita tunggu tindakan syarikat tersebut dan apa yg akan mereka lakukan atas rungutan ini.







0 comments:

Senarai Cuti Umum Bagi Tahun 2015




 








0 comments:

Aksi Abang Beduk Pencetus Ummah Cukup Berahi

Ramai org meminati program realiti Pencetus Ummah di Astro Oasis yg telah memasuki musim ke 2 tahun ini. Membariskan 10 peserta yg menunjukkan bakat ceramah dan motivator di atas pentas berunsurkan keagamaan. Program yg di acarakan oleh Fizo Omar ini pasti akan mendapat sambutan hebat setiap musim kerana kelainan konsep yg di ketengahkan.


Begitu juga seorang watak yg tidak berapa menyerlah tapi funsi beliau sagt2 begitu berguna dalam prgoram Pencetus Ummah ini. Itu lah watak Abang Beduk yg selalu di sebut2 oleh penyampai setiap kali memulakan persembahan. Peranan utama Abang beduk adalah penentu masa untuk setiap peserta dan peralihan segement dalam program itu.


Walaupun kita nampak sikit tapi Abang Beduk selalu mendapat perhatian bukan sahaja peranannya tapi penampilannya yg sentiasa kemas dan bergaya. Sebagai seorang yg tampil gagah pekasa sebagai pengetuk Beduk, watak Abang Beduk perlu kepada seorang lelaki yg bebadan sasa dan bergaya. Itulah watak yg di pegang oleh John Chisel nama samarannya. Beliau juga boleh di ketegorikan sebagai lelaki Spornoseksual kerana suka bergambar dengan aksi tubuh yg menarik.



Anak kelahiran Pulau Langkawi Kedah ini mula bergiat aktif dalam dunia senia melalui program modeling. Bagi merealisasikan impian menjadi modeling penjagaan tubuh badan dan penampilan adalah penting, sebab itu beliau telah aktif bermain gym bagi mendapat susuk tubuh menarik. Hasilnya beliau telah layak untuk menyertai pertandingan Pencari Lelaki Maskulin untuk edisi 2013/2014.

 


Siapa Abang Beduk jom kita baca sedikit profile beliau :-

Nama Glamor : Nazri John Harun
Nama Facebook : John Chisel
Tempat lahir : Langkawi Kedah
Status : Bujang
Hobi : Aesthetic Fitness Lifestyle
Facebook : https://www.facebook.com/chiselbrah
Instagram : http://instagram.com/john_chisel




Abang beduk juga pernah menjadi pelakon dan melakonkan watak untuk beberapa drama dan juga tv komersial. Kalau anda perasan lah memang biasa tgk muka Abang Beduk ini di tv salah satu drama lakonan beliau iaitu "Haji Tak Mabrur". Sapa minat and stacker boleh contact Abang Beduk di facebook beliau. Kini beliau telah ada Fan Group di facebook ok.








0 comments:

Tahniah Dato Siti Nurhaliza Menang 3 Kategori Dalam AIM 21

Setelah lama nama Dato Siti Nurhaliza tidak di umumkan sebagai pemenang dalam AIM. Tapi tidak pernah kecewa akhirnya Dato Siti Nurhaliza mampu membuktikan bahawa usaha keras dan tanpa henti mampu membawa beliau kepada kemenang yg besar dalam AIM 21. Beliau telah memenangi 3 anugerah termasuk anugerah utama iaitu Album Terbaik AIM dan Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu.


Juga turut merangkul anugerah terbanyak pada malam AIM 21 adalah artis baru SonaOne. Beliau telah membukti lagu Inggeris juga mampu untuk merangkul Lagu Terbaik AIM. SonaOne melalu lagu No More berjaya memenangi anugerah tersebut dan seterusnya menjadi lagu Inggeris pertama menang bagi kategori tersebut. Selain itu juga SonaOne memenangi kategori Lagu Inggeris Terbaik dan Lagu Hip Hop Terbaik.

Senarai penuh pemenang AIM 21 seperti di bawah:-

Album Terbaik - Fragmen (Dato’ Siti Nurhaliza)

Lagu Terbaik - No More (SonaOne)

Vokal Terbaik Lelaki Dalam Lagu - Akim Ahmad (Mewangi)

Vokal Terbaik Wanita Dalam Lagu - Datuk Siti Nurhaliza (Lebih Indah)

Vokal Terbaik Berkumpulan Dalam Lagu - Azhael (Hujung Waktu) 

Lagu Pop Terbaik - Alyah (Sesal Separuh Nyawa)

Lagu Hip Hop Terbaik - Joe Flizzow feat SonaOne (Apa Khabar)

Lagu Rock Terbaik - Bunkface feat Amy Search (Rentak Laguku)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - SonaOne (No More)

Lagu Pop Etnik Terbaik - Ihab Ismail (Akar Kita Zapin)

Lagu Nasyid Terbaik - Rindu Allah Sayang Allah (RASA) – Iwan Syahman ft. Iwan Junior

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara - Salahkah (Rossa ft. Hafiz) 

Artis Baru Terbaik - Poova

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu - Mahligai Kayangan (Salamiah Hassan) 

Video Muzik Terbaik - Falling (Yuna)

Rakaman Album Terbaik - Konsert Lantera Timur (Datuk Siti Nurhaliza)

Kulit Album Terbaik - Stacy (#1)

Persembahan Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu - Nora ft. Mosyi, Alif & Puteri (Selamanya Bahagia)

Anugerah Sri Wirama AIM - Dato' Ramli Sarip

Namun tahun ini tiada penerima Anugerah Kembara seperti mana AIM sebelum2 ini. Adakah kerana tiada artis kita yg berjaya di luar negara dan tidak mampu membawa nama Malaysia lebih jauh dalam dunia muzik ini. Apa pun AIM 21 adalah yg sederhana tapi menarik dengan pengacara kelakar dan persembahan yg mantop dari barisan artis2 seperti Dayang Nurfaizah, Akim, MOJO dan juga penyanyi dangdut popular satu masa dulu.






1 comments:

PUTERI Bakal Menggantikan Animasi Upin & Ipin?

Kini satu lagi animasi bakal menggegarkan dunia kartun di Malaysia setelah kejayaan Upin & Ipin. Puteri adalah sebuah lagi siri animasi hasil karya syarikat animasi Les' Copaque Production yg popular di Malaysia. Animasi ini telah mula ditayangan di TV3 pada 20 November yg lalu pukul 9 malam. Hari pertama tayangan sahaja telah mendapat sambutan yg luar biasa di Malaysia.


Animasi ini menceritakan tentang kisah 5 org Puteri yang hidup di sebuah Kerajaan Limau. Manis mempunyai suara yang merdu, Kasturi mempunyai hati seorang pahlawan, Purut yang pemalu, Bali seorang yang penyayang and Nipis si budak nakal bersama kucingnya bernama Jebat. Masing-masing dari lima beradik mempunyai kemampuan yang luar biasa yang apabila digabungkan, mampu menjaga keamanan dan keharmonian dalam kerajaan dengan mengalahkan ancaman jahat, makhluk mistik, dan sihir gelap


Animasi yg di hasilkan ini adalah dari team yg sama seperti animasi sebelum ini namun keperincian di jelaskan dan segala pegerakan dan warna juga telah di tambah baik untuk hasil yg lebih kemas. Animasi ini juga mempunyai runut bunyi lagu Puteri yg di nyanyikan oleh penyanyi cilik Adreena. Menonton untuk episod pertama sahaja begitu mengujakan sekali hasilnya dan pasti ia akan menjadi fenomena hebat seperti Upin & Ipin.






0 comments:

10 Saluran HD Baru Tonton Percuma Dari ASTRO

10 Saluran baharu dari Astro iaitu 8 saluran High Definition (HD) dan 2 saluran Standard Definition (SD) boleh di tonton secara percuma untuk masa yg terhada sahaja. Telah bermula 16 November 2014 hingga 28 Februari 2015. Ini masa untuk peminat rancangan TV di Malaysia untuk tidak lagi bosan menonton siaran di Astro yg sebelum ini ramai komen tentang banyak siaran ulangan.


Di sini di senaraikan semua saluran percuma daripada Astro untuk pelanggan setia dan juga mereka yg melanggan HD. Hanya saluran Zoo Moo (619) yang hanya boleh ditonton sekiranya anda melanggan pek kanak-kanak. Yang lagi 9 dapat tengok free kalau anda melanggan perkhidmatan HD di rumah.

Hits HD - 720
FOX HD - 724
DIVA HD - 723
Astro AEC HD - 306
Astro Shuang Xing HD - 307
Fox Family Movies HD - 430
Fox Action Movies HD - 434
FYI HD - 736
Zoo Moo - 619
Celestial Classic Movies - 321

Maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.astro.com.my.







0 comments:

Senarai Lagu Layak Ke AJL 29

Setelah berlangsungnya selama 3 minggu berturut-turut pentandingan separuh akhir Muzik-muzik maka telah terpilih 12 lagu untuk ke peringkat Anugerah Juara Lagu ke29. Tahniah buat 12 buah lagu yg memang hebat dan mentap bersaing di anugerah nanti. Banyak lagu yg telah di jangka untuk berada dalam senarai akhir dan kebanyakan nama memang telah berpengalaman dalam AJL sebelum ini.


Tapi seperti biasa bak kata pepatah "Rumah siap pahat berbunyi". Masih ada kata2 yg menyangkal keputusan juri profesional dan tidak kurang yg menyelar sesetengah penyanyi kerana gagal membawa lagu dengan sempurna sehingga gagal layak ker peringkat akhir. Senarai penuh lagu dan penyanyi yg telah berjaya melayakan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke 29.

1. Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
2. Hazama – Malaikat
3. Yuna – Lelaki
4. Alyah – Sesal Separuh Nyawa
5. Bunkface dan Amy Search – Rentak Laguku
6. Hafiz – Matahari
7. Dato Hattan dan Waris – Gadis Jolobu
8. Indah Ruhaila – Percayalah
9. Stacy – Gilalah
10. Mojo – Romancinta
11. Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
12. Shila Amzah – Masih Aku Cinta

Memang dah sangka bahawa Alyah, Yuna dan Shila Amzah akan ada dalam senarai akhir ini, dan kebanyakan yg layak adalah lagu yg telah popular. Cuma yg agak muskil tentang kewujudan lagu Gilalah dalam senarai ini sedangkan lagu itu tiada kekuatan dari segi lirik mahupun muziknya. Sedih buat lagi Arjuna Beta yg memang cukup menyentuh perasaan dan juga lirik yg sungguh berkesan tidak pula di pandang. Apa pun keputusan juri adalah muktamad dan segalanya akan di petarungkan di AJL 29 yg akan berlangsung pada 18 Januari 2015 nanti. Saksikan siapa bakal menggondol kemenangan kali ini.






0 comments: