Kerana Diboikot Shila Amzah Tarik Diri Dari ABPBH 2014 | Dunia Penuh Gosip

Kerana Diboikot Shila Amzah Tarik Diri Dari ABPBH 2014

Tu lah kalau artis dah merajuk mcm2 boleh mereka buat walaupun tidak besar tapi kesan juga kepada mereka yang menganjur. Tak tahulah mana salah dan silapnya tapi artis yang cukup popular di negara China ini telah membuat keputusannya hari ini. Pagi tadi melalui radio HotFM, Shila Amzah telah di undang untuk menjadi artis jemputan bagi Anugerah Juara Lagu. Shila adalah salah seorang finalist bagi AJL melalu lagunya Masih Aku Cinta.


Tapi Shila Amzah telah membuat satu pengumuman yg mengejutkan. Hasil perbincangan bersama pengurusan dan juga pihak yg bertanggungjawab membawa Shila ke mercu kejayaan, maka dengan rasmi Shila Amzah menarik diri daripada menyertai ABPBH 2014 tahun ini. Shila Amzah yg telah di senarai pendek top 5 bagi kategori Penyanyi Wanita Paling Popular membuat keputusan itu secara langsung di radio.

Menurut kata Shila kerana ada sesetengah media Malaysia yang telah memboikot beliau makan beliau telah membuat keputusan itu. Adakah kerana merajuk atau terasa hati dengan tindakan sesetengah media Malaysia maka Shila membuat keputusan ini. Atau itu sebahagian daripada tanda protes artis ini kepada media yg telah memboikot beliau. Hanya Shila yang tahu dan mungkin telah kaji kesan baik buruk terhadap tindakan beliau itu.

Apa pun tunggu jawapan daripada penganjur ABPBH 2014 adakah mereka akan menggugurkan nama Shila Amzah dari senarai top 5 dan menggantikan dengan artis lain. Menurut rekod Shila Amzah pernah memenangi anugerah bagi kategori Penyanyi Wanita Paling Popular ABPBH 2012. Adakah Shila Amzah akan tidak bertanding bagi ABPBH kali ini sahaja atau terus tidak bertanding selamanya. Itu Shila Amzah akan terangkan kemudian. Apa pun kepad apeminat Shila Amzah besabar dan terus menyokong artis kesayangan anda ini.








0 comments: